PEMAKLUMAN
Khamis, 1 Oktober 2026 | Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur

Tahniah Pelantikan Ketua Bahagian Pendanaan JTNC(P) UTM Kuala Lumpur

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Dr. Rafidah binti Othman atas pelantikan sebagai Ketua Bahagian Pendanaan, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur, berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2026 hingga 30 September 2028.

Pelantikan ini diharapkan dapat memperkukuh pengurusan dan tadbir urus pendanaan, di samping memperluas peluang serta potensi sumber pendanaan bagi menyokong kelestarian, pertumbuhan dan pembangunan universiti secara berterusan.

Semoga Dr. Rafidah terus dipermudahkan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan serta dapat menerajui Bahagian Pendanaan dengan penuh dedikasi, komitmen dan integriti, seterusnya menyumbang kepada pengukuhan agenda pembangunan UTM.

Tahniah dan syabas atas pelantikan!

UTM Open Day