PROGRAM RASMI
Rabu, 4 Mac 2026 | Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur

Sesi Pengambilan Gambar Korporat Staf JTNC(P) UTM Kuala Lumpur

Sesi pengambilan gambar korporat staf JTNC(P) UTM Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Komunikasi Korporat, UTM Kuala Lumpur telah berlangsung dengan jayanya, melibatkan penyertaan staf daripada pelbagai unit di bawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur.

Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak telah memastikan kelancaran sepanjang sesi berlangsung. Program ini juga dilaksanakan sebagai inisiatif untuk mengemaskini rekod gambar staf yang lebih terkini, selaras dengan penampilan imej korporat yang lebih profesional dan seragam.

Selain itu, hasil gambar yang berkualiti tinggi ini dapat dimanfaatkan bagi tujuan rasmi jabatan, memudahkan pengurusan rekod serta menjimatkan masa bagi keperluan dokumentasi pada masa hadapan.

Semoga usaha ini dapat terus memperkukuh imej korporat jabatan serta meningkatkan kualiti penyampaian maklumat secara profesional.

UTM Open Day