UCAPAN SAMBUTAN DAN PERAYAAN
Rabu, 16 September 2026 | Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur
Selamat Meyambut Hari Malaysia 16 September 2026

Hari Malaysia menjadi lambang kesatuan dan semangat kebersamaan seluruh rakyat dalam meraikan kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara. Sambutan ini juga mengingatkan kita akan pentingnya memelihara perpaduan, saling menghormati serta bersama-sama menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan negara. Sempena Hari Malaysia 2026, marilah kita terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan memupuk rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Sebagai warga UTM, semangat ini diterjemahkan melalui komitmen, kerjasama dan usaha bersama dalam mendukung aspirasi universiti ke arah kecemerlangan yang berterusan. Semoga semangat sehati, sejiwa dan bersama terus menjadi kekuatan warga JTNCP UTM Kuala Lumpur dalam melaksanakan amanah serta menyumbang kepada kecemerlangan universiti.
🌺 Bunga raya mekar berseri,
Jalur Gemilang berkibar megah;
JTNCP sehati, sejiwa berdiri,
UTM tercinta terus gagah!
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026!
Malaysia Madani, negara sejahtera,
UTM terus unggul mendepani masa.
