PROGRAM RASMI
Selasa, 08 September 2026 | Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur
JTNC(P) UTM Kuala Lumpur Raih Saguhati dan Anugerah dalam Penyertaan Basikal Berhias Merdeka UTM Kuala Lumpur

Program Basikal Berhias Merdeka ini dianjurkan oleh Bahagian Pendaftar UTM Kuala Lumpur (BPKL) dengan kerjasama Pusat Pelestarian Kampus (UTM CCS) dan Bahagian Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Persekitaran (OSHE). Program ini melibatkan penyertaan daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ), kelab dan persatuan pelajar yang mengetengahkan kreativiti peserta dalam menghias basikal dengan mengangkat semangat kemerdekaan, kecintaan terhadap negara serta nilai kelestarian. Penyertaan JTNC(P) dalam perarakan ini turut membuahkan hasil apabila berjaya meraih Anugerah Saguhati bagi Perarakan Basikal Berhias serta Anugerah Kumpulan Penonton Paling Semangat dan Kreatif Mengikut PTJ.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen dan semangat kebersamaan warga JTNCP dalam menyokong serta memeriahkan program anjuran universiti. Penglibatan aktif warga jabatan turut memperlihatkan nilai kerjasama, kekitaan dan semangat berpasukan dalam kalangan warga JTNCP UTM Kuala Lumpur. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga JTNCP atas komitmen dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan penyertaan pada kali ini.
JTNCP – One Team, One Spirit.






