PEMAKLUMAN
Isnin, 07 September 2026 | Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur
Notis Pemakluman Pelaksanaan Projek Rancangan Malaysia Ke Tiga Belas Rolling Plan 1 (RMK-13 Rp1) di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur

Notis Pemakluman Pelaksanaan Projek Rancangan Malaysia Ke Tiga Belas Rolling Plan 1 (RMK-13 RP1) Di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur. Projek Rancangan Malaysia Ketiga Belas Rolling Plan 1 (RMK-13 RP1) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melibatkan kerja-kerja Pembaikan Dan Penggantian Komponen, Kemasan, Sistem Mekanikal Dan Elektrik Serta Lain-Lain Kerja Yang Berkaitan Di Dalam Bangunan Akademik, Bangunan Sokongan Di Kampus UTM Kuala Lumpur.
Tarikh mula: 1 September 2026.
Sehubungan itu, kerjasama dan perhatian semua amatlah dihargai sepanjang tempoh pelaksanaan projek bagi memastikan kerja-kerja yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar serta meminimumkan sebarang gangguan terhadap aktiviti dan operasi harian di kawasan terlibat. Mohon agar maklumat berkaitan lokasi dan tempoh pelaksanaan projek dapat diberikan perhatian sewajarnya.
Sebarang pertanyaan berkaitan notis ini, boleh dikemukakan melalui e-mel kepada Bahagian Pengurusan Aset (BPA) di bpa.kl@utm.my. Sekian, Terima Kasih
