KESEJAHTERAAN STAF
Isnin, 07 September 2026 | Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur
Majlis Doa Selamat Bagi Kumpulan Projek RMK-13 RP1, UTM Kuala Lumpur

Majlis Doa Selamat bagi Kumpulan Projek Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) RP1, Bahagian Pengurusan Aset (BPA) UTM Kuala Lumpur telah diadakan pada 28 Ogos 2026 (Jumaat), jam 9.00 pagi, bertempat di Pejabat Pengarah, Bahagian Pengurusan Aset (BPA), UTM Kuala Lumpur.
Majlis ini diadakan sebagai satu wadah untuk memohon keberkatan, keselamatan serta kelancaran dalam pelaksanaan projek-projek yang telah dirancang di bawah RMK-13 RP1. Selain itu, majlis ini turut menjadi ruang untuk seluruh kumpulan projek memanjatkan doa agar setiap urusan yang dilaksanakan dipermudahkan serta berjalan dengan lancar dan teratur.
Pelaksanaan projek melibatkan pelbagai perancangan, komitmen dan tanggungjawab daripada semua pihak yang terlibat. Sehubungan itu, doa selamat ini diharapkan dapat menjadi pemangkin semangat dan mengukuhkan kerjasama dalam memastikan setiap projek dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, mengikut perancangan, tempoh dan skop yang telah ditetapkan.
Semoga segala urusan sepanjang pelaksanaan projek dipermudahkan, diberikan kelancaran dan keselamatan, serta dijauhkan daripada sebarang perkara yang tidak diingini. Semoga setiap usaha dan komitmen yang dicurahkan oleh seluruh kumpulan projek mendapat keberkatan dan menghasilkan manfaat yang terbaik kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Semoga pelaksanaan projek RMK-13 RP1 berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan demi menyokong pembangunan serta kemajuan UTM.
