KEBAJIKAN STAF
Jumaat, 3 Julai 2026 | Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil bagi Allahyarham Mohd. Zulkifli bin Ghazali

Penganjuran majlis ini adalah sebagai menunaikan amanah daripada keluarga Allahyarham yang berhasrat untuk bersedekah di samping mengadakan bacaan Yasin dan tahlil sebagai tanda ingatan serta doa berterusan buat Allahyarham. Inisiatif ini turut menjadi ruang untuk warga jabatan bersama-sama berkumpul, mengimarahkan majlis ilmu dan memperkukuh ukhuwah sesama kita. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga yang telah hadir serta memberikan komitmen dalam menjayakan majlis ini. Kehadiran dan penyertaan semua amat bermakna dalam menyempurnakan amanah yang telah diberikan. Semoga segala bacaan, doa dan amalan yang dipanjatkan diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda kepada semua yang terlibat. Didoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beroleh keampunan serta rahmat-Nya.

UTM Open Day