PROGRAM RASMI
Sabtu, 24 Januari 2026 | Bahagian Pemajuan, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur

Majlis Apresiasi & Hi-Tea Bersama Alumni Penerima Biasiswa Endowmen UTM

Seksyen Dana Endowmen (SDE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Majlis Apresiasi dan Hi-Tea bersama penerima Biasiswa Endowmen pada 24 Januari 2026 bertempat di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur. Majlis ini berlangsung dalam suasana penuh bermakna dan mesra.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara pihak SDE dengan alumni penerima Biasiswa Endowmen, di samping menjadi platform bagi merapatkan silaturahim serta jalinan kerjasama antara alumni dan para penyumbang dana endowmen.

Majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran Naib Canselor UTM, YBhg. Prof. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim, serta Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), YBhg. Prof. P. Geol. Ts. Dr. Edy Tonnizam bin Mohamad. Turut hadir ialah wakil penyumbang dana endowmen iaitu Johor Port Berhad dan Yayasan TZA, selain alumni serta pelajar penerima biasiswa.

Sepanjang majlis berlangsung, para hadirin telah disajikan dengan ucapan daripada barisan kepimpinan universiti serta perkongsian pengalaman oleh alumni penerima Biasiswa Endowmen. Suasana turut dimeriahkan dengan aktiviti cabutan bertuah yang menceriakan lagi majlis.

Program diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan bersama. Pihak SDE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang masa dan komitmen dalam menjayakan majlis ini dengan jayanya.

“UTM Cares, Endowmen Cakna”

UTM Open Day