LAWATAN RASMI
Jumaat, 10 Julai 2026 | Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur

Lawatan Tapak oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM di Kolej Siswa Jaya (KSJ) UTM Kuala Lumpur

Satu lawatan tapak telah diadakan oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM, YBrs. Prof. Ir. Ts. Dr. Zaini bin Ahmad ke Kolej Siswa Jaya (KSJ), UTM Kuala Lumpur bersama Ketua Pentadbiran UTM Kuala Lumpur, Pengarah Bahagian Pengurusan Aset UTM Kuala Lumpur, kontraktor projek serta pegawai-pegawai yang terlibat. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keadaan fasiliti kolej termasuk bilik penginapan pelajar serta perkembangan kerja-kerja baik pulih yang sedang dilaksanakan. Tinjauan ini penting bagi memastikan tahap penyelenggaraan sentiasa berada dalam keadaan baik dan kondusif. Sepanjang lawatan, turut diadakan sesi perbincangan bersama pihak terlibat bagi mendapatkan gambaran menyeluruh berkaitan keperluan semasa serta cadangan penambahbaikan demi keselesaan warga kolej.

UTM Open Day