KOMPETENSI TERAS
Khamis, 17 September 2026 | Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur

Kursus Keselamatan Jalan Raya anjuran JTNC(P) UTM Kuala Lumpur

Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur telah menganjurkan Kursus Keselamatan Jalan Raya pada 10 September 2026 bertempat di Bilik Ilmuan 3, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur, dengan penyertaan dalam kalangan warga JTNC(P) UTM Kuala Lumpur. Kursus ini memberi penekanan kepada kepentingan keselamatan jalan raya serta tanggungjawab setiap individu dalam memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan ketika memandu dan menggunakan jalan raya. Pengisian kursus turut memberi perhatian kepada amalan pemanduan yang selamat dan berhemah, khususnya dalam kalangan pemandu kenderaan universiti yang bertanggungjawab mengendalikan bas dan kenderaan rasmi UTM, demi menjamin keselamatan penumpang, warga universiti serta pengguna jalan raya yang lain.
Perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Azad Ab Rashid dan Ir. Ts. Mohd Hafiz bin Johari, Pegawai Penyelidik, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuh pengetahuan dan kesedaran para peserta mengenai amalan keselamatan jalan raya serta membantu membentuk sikap pengguna jalan raya yang lebih berdisiplin, peka dan bertanggungjawab. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penceramah serta semua peserta atas komitmen dan penyertaan sepanjang kursus berlangsung. Keselamatan di jalan raya bermula dengan sikap dan tindakan kita.
UTM Open Day