KOMPETENSI TERAS
Rabu, 29 April 2026 | Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur

Kursus Kesedaran Risiko Rasuah

Sekitar pelaksanaan 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐑𝐢𝐬𝐢𝐤𝐨 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐚𝐡 yang telah berlangsung di Dewan Banquet, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur. Program anjuran Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang ini telah melibatkan penyertaan warga kerja JTNC(P) UTM Kuala Lumpur.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan kesedaran terhadap risiko rasuah, di samping menekankan kepentingan pematuhan integriti serta amalan tadbir urus yang baik dalam organisasi. Perkongsian daripada penceramah turut memberi input berguna berkaitan peranan individu dalam mencegah salah laku serta memperkukuh budaya kerja beretika.

Penceramah:
1) Supt. Maznah binti Mamisan (Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman)
2) Supt. Md Hanafi bin Nordin (Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman)
3) Ahmad Adli bin Ghazali (Ketua Unit Integriti, Universiti Teknologi Malaysia)

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkasakan integriti dan profesionalisme di tempat kerja.

UTM Open Day