KOMPETENSI TERAS
Khamis, 14 Oktober 2026 | Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur
Kursus Kerja Pintar dengan AI Siri 2

Kursus Kerja Pintar dengan AI Siri 2 anjuran Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur telah diadakan pada 14 Oktober 2026 (Rabu), bertempat di Makmal Komputer CyberHub 1, UTM Kuala Lumpur. Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Hafizah binti Ahmad Pua’at selaku penceramah dan Encik Mohd Nor Azsuan bin Mohd Yaacob selaku fasilitator daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UTM. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga jabatan mengenai penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) dalam membantu melaksanakan tugasan harian dengan lebih cekap, sistematik dan produktif. Seramai 30 orang peserta dalam kalangan warga JTNC(P), UTM Kuala Lumpur telah menyertai kursus ini bagi menambah pengetahuan serta meneroka potensi penggunaan AI dalam memudahkan urusan kerja dan meningkatkan kualiti hasil tugasan.
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan dalam pelaksanaan tugas harian serta menggalakkan penggunaan teknologi AI secara bijak dan berkesan. Diharapkan penganjuran kursus seumpama ini dapat memperkukuh budaya kerja pintar dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dalam kalangan warga JTNC(P), UTM Kuala Lumpur.
