PROGRAM DAN AKTIVITI
Khamis, 1 Oktober 2026 | Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur

Kunjungan Mantan Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset (BPA) JTNC(P) UTM di UTM Kuala Lumpur

Pada 1 Oktober 2026 (Khamis), Pejabat Bahagian Pengurusan Aset (BPA), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur telah menerima kunjungan daripada mantan Pengerusi BPA, Prof. Sr. Dr. Tajul bin Ariffin. Kunjungan ini amat bermakna buat seluruh warga BPA UTM Kuala Lumpur dan menjadi penghargaan tersendiri atas jalinan silaturahim yang terus terpelihara. Seluruh warga BPA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, sumbangan serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh kepimpinan beliau. Segala dedikasi dan komitmen yang diberikan akan sentiasa dikenang dan menjadi sebahagian daripada perjalanan serta legasi BPA UTM Kuala Lumpur. Semoga Prof. Sr. Dr. Tajul bin Ariffin sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kejayaan dalam setiap urusan yang mendatang.

Setulus penghargaan, setinggi ingatan.

UTM Open Day