PROMOSI DAN PEMASARAN - KAFETERIA
Isnin, 07 September 2026 | Bahagian Pemajuan Universiti, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur

Kopi Mesin @ Kafeteria MJIIT, UTM Kuala Lumpur

Mencari pilihan sarapan dan hidangan tengah hari yang mudah, enak dan mengenyangkan di sekitar kampus? Kini warga UTM Kuala Lumpur boleh menikmati pengalaman menjamu selera di Kopimesin, yang dibuka di Kafeteria MJII, UTM Kuala Lumpur bermula 7 September 2026.

Kopimesin menyediakan pilihan hidangan untuk sarapan dan makan tengah hari, lengkap dengan pelbagai pilihan minuman bagi memenuhi selera warga kampus. Sesuai untuk dinikmati sebelum memulakan tugasan, ketika waktu rehat mahupun bersama rakan-rakan.

Dengan suasana yang selesa dan pilihan hidangan yang praktikal, Kopimesin sedia menjadi salah satu pilihan baharu untuk warga UTM Kuala Lumpur menikmati hidangan dalam kesibukan rutin harian.

Jom singgah dan rasai sendiri!

📍 Kafeteria MJIIT, UTM Kuala Lumpur
📅 Bermula 7 September 2026

UTM Open Day