PENCAPAIAN PENGLIBATAN
Rabu, 16 September 2026 | Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur
Pertandingan Sudut Patriotik Merdeka KESUMA 2026

TAHNIAH DAN SYABAS!
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Sajak Kemerdekaan dan Pertandingan Sudut Patriotik Merdeka KESUMA 2026 atas kejayaan, kreativiti serta komitmen yang telah ditunjukkan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan. Pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Staf JTNC(P) (KESUMA) ini merupakan salah satu inisiatif dalam menyemarakkan semangat cintakan negara, di samping menggalakkan kreativiti dan mengeratkan kebersamaan dalam kalangan warga kerja.
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM Kuala Lumpur berjaya meraih tempat pertama bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan, sekali gus mengharumkan nama JTNC(P) UTM Kuala Lumpur dalam pertandingan yang menghimpunkan penyertaan warga JTNC(P) UTM Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur.
SAJAK KEMERDEKAAN
🥇 Tempat Pertama: Mohd Firdaus bin Mansor
🥈 Tempat Kedua: Mohd Marzuki bin Ripin
🥉 Tempat Ketiga: Ahmad Azahar bin Mohd
SUDUT PATRIOTIK MERDEKA
🥇 Tempat Pertama: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM Kuala Lumpur
🥈 Tempat Kedua: Bahagian Pemajuan Universiti, UTM Johor Bahru
🥉 Tempat Ketiga: Pejabat Pentadbiran Bahagian Pengurusan Aset, UTM Johor Bahru
Kejayaan yang diraih ini mencerminkan komitmen dan semangat warga dalam menghayati nilai patriotisme serta menyemarakkan suasana Sambutan Bulan Kebangsaan di UTM. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus memupuk semangat cintakan negara, memperkukuh perpaduan dan meningkatkan kebersamaan dalam kalangan warga UTM.
Tahniah dan syabas kepada semua pemenang!
Semarak Merdeka, Mekar Patriotisme Bersama KESUMA!


