PROMOSI DAN PEMASARAN - KAFETERIA
Khamis, 1 Oktober 2026 | Bahagian Pendanaan, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur

Pengoperasian Kafeteria Kolej Siswa Jaya@UTMKL

Kini Beroperasi! Kafeteria Kolej Siswa Jaya UTM Kuala Lumpur

Dah lapar? Jom makan! Menu meriah, pilihan pun macam-macam. Nak makan berat, kudap-kudap atau menikmati minuman yang sedap? Semuanya tersedia di Kafeteria Kolej Siswa Jaya, UTM Kuala Lumpur.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kafeteria Kolej Siswa Jaya, UTM Kuala Lumpur kini dibuka untuk warga pelajar dan komuniti UTM Kuala Lumpur. Kafeteria ini menyediakan pelbagai pilihan hidangan, makanan ringan dan minuman daripada beberapa pengusaha kafeteria bagi memenuhi cita rasa serta keperluan warga kampus.

Kafeteria Kolej Siswa Jaya mula beroperasi secara berperingkat mulai 1 Oktober 2026 (Khamis), dari 7.30 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari.

Antara pengusaha kafeteria yang mula beroperasi ialah Four Q Delight, Bustan Rizqi Enterprise dan Seri Selera Catering, yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman untuk dinikmati oleh warga kampus.

Jadi, jangan lupa singgah dan nikmati pelbagai pilihan hidangan yang tersedia di Kafeteria Kolej Siswa Jaya, UTM Kuala Lumpur. Jumpa anda di sana!

UTM Open Day