PROGRAM DAN AKTIVITI
Sabtu, 25 Julai 2026 | Bahagian Pengurusan Aset

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Bahagian Pengurusan Aset (BPA) bersama Komuniti Asrama Darul Falah, PERKIM (ASDAF) Kuala Lumpur

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) merupakan inisiatif strategik hasil kolaborasi antara Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM Kuala Lumpur bersama Komuniti Asrama Darul Falah, PERKIM (ASDAF), Kuala Lumpur dalam memperkukuh peranan universiti terhadap pembangunan komuniti secara inklusif dan mampan.

Sepanjang pelaksanaan program, pelbagai pengisian berimpak tinggi telah dijalankan termasuk sesi perkongsian ilmu yang memberi pendedahan berguna kepada komuniti ASDAF, di samping usaha memperkasa pengetahuan dan kesedaran dalam pelbagai aspek. Selain itu, aktiviti penanaman pokok turut dilaksanakan sebagai manifestasi komitmen terhadap agenda kelestarian alam sekitar serta pemupukan budaya hijau dalam kalangan masyarakat.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam mengintegrasikan elemen tanggungjawab sosial, kelestarian dan kesejahteraan komuniti sejajar dengan aspirasi pembangunan institusi. Diharapkan segala inisiatif yang dilaksanakan mampu memberi impak positif dan manfaat jangka panjang kepada semua pihak yang terlibat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan komitmen dalam menjayakan program ini dengan cemerlang. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan diperkasakan pada masa akan datang.

UTM Open Day