PEMAKLUMAN
Khamis, 24 September 2026 | Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur
Syabas dan Tahniah kepada Penerima Anugerah Majlis Citra Gemilang Tahun 2025 JTNC(P) UTM

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 daripada Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM Kuala Lumpur yang berlangsung pada 24 September 2026 dalam Majlis Citra Karisma, Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM 2026 di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru. Pengiktirafan ini merupakan tanda penghargaan atas komitmen, dedikasi, integriti dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sepanjang tahun perkhidmatan. Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik serta menyumbang kepada kecemerlangan UTM secara berterusan. Buat warga JTNCP UTM Kuala Lumpur yang masih belum menerima APC, teruskan usaha, kekalkan semangat dan terus berikan yang terbaik. Tahniah kepada semua penerima APC 2025. Semoga terus cemerlang, terus menginspirasi dan terus menjadi kebanggaan UTM!
