KESUMA JTNC(P) UTM
Rabu, 29 Julai 2026 | Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kelab Kebajikan Staf JTNC(P) (KESUMA) UTM

Mesyuarat Agung KESUMA JTNC(P) Sesi 2026/2028 telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Julai 2026 secara hibrid, menghubungkan warga Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) di UTM Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur. Mesyuarat ini menjadi platform untuk membentangkan laporan aktiviti dan kewangan, membincangkan hala tuju KESUMA, serta melaksanakan proses pencalonan dan pelantikan barisan Ahli Jawatankuasa KESUMA bagi sesi 2026/2028.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa KESUMA sesi terdahulu atas segala komitmen, usaha dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Jasa dan dedikasi anda amat dihargai dalam menjayakan pelbagai program serta menjaga kebajikan warga jabatan.

Tahniah diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa KESUMA sesi 2026/2028 yang telah diberi mandat. Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh dedikasi, integriti dan semangat kerja berpasukan dalam meneruskan kecemerlangan KESUMA serta memperkasakan kebajikan seluruh warga Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan).

Terima kasih kepada semua ahli yang telah hadir dan memberikan sokongan dalam menjayakan Mesyuarat Agung kali ini. Semoga semangat kebersamaan ini terus diperkukuhkan demi manfaat seluruh warga JTNC(P).

UTM Open Day