KOMPETENSI STAF
Rabu, 13 Mei 2026 | Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur

Kursus Pemantauan Aspek Keselamatan Dalam Kontrak Kerja, Pengurusan Fasiliti dan Penyelenggaraan

Sekitar pelaksanaan 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐩𝐞𝐤 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐫𝐚𝐤 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚, 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐬𝐢𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 yang telah berlangsung di Dewan Banquet, Tan Sri Ainuddin Wahid, UTM Kuala Lumpur. Program anjuran Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) bersama Seksyen OSHE, UTM Kuala Lumpur ini telah melibatkan penyertaan warga kerja JTNC(P) UTM Kuala Lumpur. Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman berkaitan aspek keselamatan dalam pelaksanaan kontrak kerja, di samping memastikan pematuhan terhadap garis panduan serta amalan terbaik dalam pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan. Perkongsian daripada penceramah turut memberi pendedahan praktikal berkaitan pemantauan keselamatan di tempat kerja serta peranan setiap individu dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif.

UTM Open Day