KOMPETENSI TERAS
Isnin, 15 Jun 2026 | Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur
Kursus Kerja Pintar dengan Ai (Notebook LM & Gemini)

Sekitar pelaksanaan 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐏𝐢𝐧𝐭𝐚𝐫 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐈: 𝐍𝐨𝐭𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤𝐋𝐌 & 𝐆𝐞𝐦𝐢𝐧𝐢 yang telah berlangsung di Makmal Komputer CyberHub1, UTM Kuala Lumpur. Program ini telah melibatkan penyertaan warga kerja JTNCP dan bertujuan memberi pendedahan kepada penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam meningkatkan kecekapan serta produktiviti kerja harian. Penceramah daripada Jabatan Perkhidmatan Digital UTM, En. Mohammed bin Mohd Hasni (Pegawai Teknologi Maklumat Kanan). Melalui sesi perkongsian ini, peserta didedahkan dengan penggunaan platform seperti NotebookLM dan Gemini dalam pengurusan maklumat, analisis data serta penyediaan tugasan secara lebih sistematik dan efisien. Terima kasih diucapkan kepada penceramah dan semua peserta yang telah menjayakan kursus ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam mempertingkatkan kualiti penyampaian kerja.
