KEBAJIKAN STAF
Rabu, 24 Jun 2026 | Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur

Penyerahan Sumbangan Ikhlas Buat Keluarga Allahyarham Mohd Zulkifli bin Ghazali

Amanah sumbangan ikhlas yang dikumpulkan telah berjaya diserahkan kepada keluarga Allahyarham Mohd Zulkifli bin Ghazali, staf Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur, dalam satu sesi penyerahan yang diadakan baru-baru ini. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan masyarakat terhadap keluarga Allahyarham. Pihak pejabat turut merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang atas sokongan yang diberikan. Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban keluarga, di samping doa berterusan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

UTM Open Day