KOMPETENSI TERAS
Khamis, 2 Julai 2026 | Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur
Kursus Pengurusan Kewangan

Sekitar pelaksanaan Kursus Pengurusan Kewangan yang telah berlangsung di Dewan Banquet, Tan Sri Ainuddin Wahid, UTM Kuala Lumpur. Program ini telah melibatkan penyertaan warga kerja JTNC(P) UTM Kuala Lumpur dan bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kefahaman peserta berkaitan pengurusan kewangan yang berkesan, di samping memupuk amalan pengurusan kewangan yang lebih terancang dan berhemah dalam kehidupan seharian. Kursus ini berjalan selama 2 hari. Penceramah telah disampaikan oleh Pn. Siti Azilah binti Mohd Amin, Cik Nur Azha Dalila binti Md Azhari dan Dr. Hazlinda binti Mohd Noor. Melalui sesi perkongsian yang interaktif, para peserta didedahkan dengan pelbagai aspek pengurusan kewangan termasuk perancangan kewangan, pengurusan perbelanjaan, serta strategi pengurusan kewangan yang lebih sistematik dan berkesan. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam mengurus kewangan dengan lebih bijak serta menyokong kesejahteraan diri dan organisasi.
