KOMPETENSI TERAS
Isnin, 13 Julai 2026 | Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur

Kursus Penyenggaraan Tumbuhan Hiasan

Kursus Penyenggaraan Tumbuhan Hiasan telah diadakan dengan jayanya di Dewan Banquet, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur. Program ini telah melibatkan penyertaan warga JTNC(P) UTM Kuala Lumpur dan bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran peserta dalam aspek penjagaan dan penyenggaraan tumbuhan hiasan secara lebih sistematik dan berkesan. Melalui kursus ini, para peserta didedahkan dengan teknik asas penjagaan tanaman, kaedah penyiraman yang betul, pembajaan, serta pengurusan landskap bagi memastikan tumbuhan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan terpelihara.

Kursus ini menampilkan perkongsian daripada penceramah berpengalaman daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) iaitu:-
1) Dr. Ahmad Nazarudin Mohd Roseli
2) En. Abdul Hayat Mat Saad

Sesi yang interaktif dan informatif ini memberi pendedahan praktikal kepada peserta dalam mengurus tumbuhan hiasan dengan lebih efektif. Terima kasih diucapkan kepada semua penceramah dan peserta yang telah menjayakan kursus ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memastikan persekitaran kerja yang lebih hijau, indah dan lestari.

UTM Open Day