PEMAKLUMAN
Khamis, 13 Ogos 2026 | Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur
Pelantikan Semula Ketua Bahagian Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) UTM Kuala Lumpur

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Ts. Dr. Sa’ardin bin Abdul Aziz atas pelantikan semula sebagai Ketua Bahagian Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur bagi tempoh 1 Ogos 2026 hingga 31 Julai 2027.
Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kesinambungan kecemerlangan, khususnya dalam memperkukuh aspek persekitaran, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta menyumbang kepada peningkatan prestasi dan kesejahteraan warga universiti.
Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Semoga terus dipermudahkan dalam melaksanakan tugas serta dikurniakan kejayaan dan kecemerlangan yang berterusan.
Tahniah dan syabas!
