HEBAHAN RUANG KOMERSIAL
Isnin, 27 Julai 2026 | Unit Penjanaan, Bahagian Pemajuan
PANAS EXPRESS - Kini Dibuka di UTM Kuala Lumpur
Sukacita dimaklumkan bahawa Panas Express kini mula beroperasi di Blok PA7, UTM Kuala Lumpur.
Kemudahan kedai serbaneka layan diri ini dibuka 24 jam, menawarkan akses mudah kepada pelbagai keperluan harian warga kampus. Inisiatif ini selaras dengan usaha mempertingkatkan kemudahan dan kesejahteraan komuniti kampus melalui penyediaan perkhidmatan yang lebih fleksibel dan inovatif.
Jom singgah dan nikmati kemudahan layan diri yang mudah dan pantas!
Lokasi: Blok PA7, UTM Kuala Lumpur
Dibuka bermula Julai 2026
