KLUSTER HOSPITALITI
BAHAGIAN PENGURUSAN PERNIAGAAN
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RUMAH TUNGGU SEDIA

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Rumah Tunggu Sedia mempunyai sebanyak 11 unit rumah yang disediakan khas bagi staf tunggu sedia universiti yang berkhidmat secara “on call” atau kecemasan dan disahkan kritikal oleh Ketua Jabatan Pusat Tanggungjawab (PTJ) UTM.

Kediaman yang disediakan adalah berdasarkan selagi mana tempoh staf tersebut bertaraf tunggu sedia sahaja

Kemudahan ini juga turut meliputi staf tunggu sedia universiti di Kediaman Staf Desa Bakti dengan kadar sewa dan tempoh menetap yang sama seperti diperuntukkan untuk Kuarters Staf Cengal

Rumah Penghulu di Kediaman Staf Desa Bakti dan Desa Skudai turut termasuk dalam kategori kuarters tunggu sedia universiti.

Staf yang dilantik sebagai Tunggu Sedia Universiti dan berjaya ditawarkan kuarters ini hendaklah menjelaskan deposit masuk dan utiliti (air dan elektrik) sebanyak RM 200.00secara tunai atau potongan gaji (RM 50.00 X 4 bulan) sebelum / semasa memasuki rumah. Deposit akan dipulangkan sepenuhnya SEKIRANYA rumah yang ditinggalkan oleh penghuni yang keluar adalah bersih, tiada kerosakan pada fizikal yang akan dinilai oleh Pegawai Perumahan Universiti. 

Universiti hanya menanggung sebanyak RM 50 sahaja bil utiliti elektrik dan RM 20 (kadar minimum) untuk bil utiliti air setiap bulan bagi semua Kuarters Staf Tunggu Sedia Universiti (Cengal / kuota Desa Bakti) dan kadar selebihnya hendaklah ditanggung sendiri oleh staf tersebut.

Kadar sewa bagi kategori staf tersebut adalah seperti berikut:

Lokasi Kategori Kadar sewa sebulan (RM) berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2015
 Kuarters Staf Cengal / Desa Bakti (Tunggu Sedia Universiti) Kediaman Staf Bukan Akademik (Sokongan)

25.00 (sewa)

125.00 (COLA)