Core Business (Bisnes Teras)
The Real Estate Management Unit is responsible for managing 3 core:
- Land Administration Management
- Land Development Management
- Agricultural and Plantation Management
Unit Pengurusan Harta Tanah bertanggungjawab menguruskan 3 aktiviti utama iaitu:
- Pengurusan Pentadbiran Tanah
- Pengurusan Pembangunan Tanah
- Pengurusan Pertanian dan Perladangan
Land Administration Management (Pengurusan Pentadbiran Tanah)
The scope of Land Administration Management is related to the management of land title documents, security of title documents, control the use of title documents, new land titles, land taxes, quit rent, premium fee charges and other related land fee charges.
Skop Pengurusan Pentadbiran Tanah adalah berkaitan dengan pengurusan dokumen hakmilik tanah, keselamatan dokumen hakmilik, mengawal penggunaan dokumen hakmilik, hakmilik tanah baru, cukai tanah, cukai harta, caj bayaran premium dan lain-lain caj bayaran tanah yang berkaitan.
Land Development Management (Pengurusan Pembangunan Tanah)
Land Development Management deals with land matters such as land use zoning for development purposes, monitoring of privatization projects, lease or rental, valuation, acquisition, surrender, rock material acquisition, delineation, trespassing, subdivide or partial, change of express condition, compensation and charges.
Pengurusan Pembangunan Tanah fokus kepada urusan berkaitan dengan perihal tanah seperti zon guna tanah untuk tujuan pembangunan, pemantauan projek penswastaan, pajakan atau sewa, penilaian, pengambilan, penyerahan, pengambilan bahan batuan, persempadanan, pencerobohan, pecah sempadan atau pecah bahagi, perubahan syarat nyata, pampasan dan gadaian.
Agricultural and Plantation Management (Pengurusan Pertanian dan Perladangan)
To ensure a balanced ecological cycle, the UTM green area is developed in an integrated manner to generate maximum revenue. Special programs are planned such as replanting plantation / orchard areas, developing swamps, TNB transmission line and bushes by implementing horticulture, livestock farming, learning and research activities. Methods of implementation are carried out either in-house or leasing land / land rental to external entrepreneurs.
Bagi memastikan kitaran ekologi yang seimbang, kawasan hijau UTM diusahakan secara bersepadu untuk menjana pendapatan yang maksimum. Program yang dirancang seperti penanaman semula kawasan perladangan / dusun, penanaman semula atau penggantian pokok buah-buahan, membangunkan kawasan paya, rentis TNB dan belukar dengan melaksanakan tanaman hortikultur, penternakan, aktiviti pembelajaran dan penyelidikan. Kaedah pelaksanaan dilakukan secara dalaman (sendiri) dan pajakan tanah / sewaan tanah kepada pengusaha luar.