ABOUT US
The Real Estate Management Unit formerly known as the Land Administration Unit was officially founded on May 18, 2016. The unit was initially placed at the Development Division, Office of Asset and Development with only 3 strong staff members. However starting on 01 January 2018, the unit is placed at the Business Management Division, Deputy Vice-Chancellor Office (Development) where it is responsible for managing the assets of UTM’s land in the State of Johor and Kuala Lumpur. In line with the expansion of scope and responsibility given by the University, the total number of staff has gradually increased to 9 in 2018.
The unit is divided into 2 sections namely the Land Administration Section and the Land Development Section. The Land Administration Section focuses on managing land alienation, land data and payment management relating to land assets. Whereas, the Land Development Section is responsible for coordinating the information of land development process, technical management before and after of land lease / land rental and monitoring the implementation of physical development of land assets to comply with the rules, laws and acts that are in force. The Agricultural Cluster is also placed under the Land Development Section which the cluster is responsible for managing development of UTM green area especially for plantation, horticulture and livestock farming activities.
Unit Pengurusan Harta Tanah dahulunya dikenali dengan nama Unit Pentadbiran Tanah telah diluluskan penubuhannya pada 18 Mei 2016. Peringkat awalnya unit ini ditempatkan di Bahagian Pembangunan, Pejabat Harta Bina dengan kekuatan anggota seramai 3 orang staf. Bermula pada 01 Januari 2018, unit ini ditempatkan di Bahagian Pengurusan Perniagaan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus aset tanah hakmilik UTM di Negeri Johor dan di Kuala Lumpur. Selari dengan perkembangan skop dan tanggungjawab yang diberikan oleh Universiti maka dalam tahun 2018, staf unit ini telah bertambah seramai 6 orang secara berperingkat menjadikan jumlah keseluruhan adalah seramai 9 orang.
Struktur unit ini dibahagikan kepada 2 seksyen iaitu Seksyen Pentadbiran Tanah dan Seksyen Pembangunan Tanah. Seksyen Pentadbiran Tanah fokus dalam pengurusan tanah berimilik, data tanah dan pengurusan bayaran berkaitan aset tanah. Manakala Seksyen Pembangunan Tanah bertanggungjawab menyelaras maklumat proses pembangunan tanah, pengurusan teknikal sebelum dan selepas pajakan tanah / sewaan tanah dan memantau pelaksanaan pembangunan fizikal aset tanah agar mematuhi peraturan, perundangan dan akta yang sedang berkuatkuasa. Selain dari itu, Kluster Pertanian yang ditempatkan di bawah Seksyen Pembangunan Tanah juga bertanggungjawab menguruskan pembangunan kawasan hijau UTM khususnya untuk aktiviti perladangan, hortikultur dan penternakan.
Tarikh kemaskini: 11.11.2018