+07 553 0396 hartanah.spht@utm.my

FUNGSI SEKSYEN HARTA TANAH

 

  1. Mentadbir urus semua harta tanah milik UTM di Negeri Johor dan di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
  2. Menyediakan rekod dan data harta tanah yang tepat dan terkini untuk rujukan Pengurusan Universiti termasuk pihak berkepentingan.
  3. Memberi khidmat nasihat bagi pengurusan tanah termasuk pelaksanaan urusniaga harta tanah.
  4. Merancang dan mengawal pembangunan serta guna tanah Universiti supaya lebih tersusun mengikut kategori yang telah ditetapkan.
    5. Membangunkan pelan induk perancangan pembangunan tanah terperinci untuk semua tanah milik UTM dan tanah berkepentingan UTM.
    6. Membentangkan pelan induk perancangan pembangunan tanah yang mantap dan terperinci bagi memudahkan proses kelulusan membangunkan tanah oleh Pengurusan Universiti dan Pihak Berkuasa Negeri.
    7. Menyediakan garis panduan pembangunan kawasan tanah Universiti selari dengan Rancangan Tempatan Daerah.
    8. Menjaga keselamatan harta tanah Universiti dan kepentingan pemilikan tanah Universiti, mengawasi pematuhan kepada peraturan dan penguatkuasaan undang-undang tanah berdasarkan perundangan sedia ada.
    9. Menyelesaikan isu-isu berkaitan harta tanah Universiti supaya tidak menjejaskan nama baik Universiti.
    10. Menyediakan dan melaksanakan pelan risiko dan pelan mitigasi pengurusan harta tanah.

FUNGSI UNIT PERANCANGAN DAN PEMAJUAN TANAH                

a) Merancang, mengendali dan menilai aktiviti yang melibatkan cadangan pembangunan harta tanah UTM di Negeri Johor.
b) Urusetia Jawatankuasa Induk Pengurusan Hartanah dan Pembangunan.
c) Urusetia Jawatankuasa Teknikal Pengurusan dan Pembangunan Tanah UTM.
d) Menyelaras perancangan pelan induk pembangunan tanah UTM.
e) Mengurus permohonan guna tanah UTM untuk pelbagai kategori kegunaan.
f) Mengurus dan menyemak keperluan dokumen dan maklumat proses pemajuan tanah.
g) Melaksanakan aktiviti lawat-periksa sebelum dan selepas aktiviti urusniaga (pajakan tanah atau sewaan tanah).
h) Memantau pelaksanaan pembangunan fizikal aset tanah agar mematuhi peraturan, perundangan dan akta yang sedang berkuatkuasa.
i) Mengurus proses pengambilan tanah / serahan kawasan.
j) Memantau kawasan urusniaga harta tanah dan mengkaji semula perjanjian urusniaga harta tanah sedia ada yang bermasalah.
k) Menyediakan dan melaksanakan pelan risiko dan pelan mitigasi pengurusan pemajuan tanah.

FUNGSI UNIT PENTADBIRAN TANAH

a) Mengurus dan mengendali pengeluaran salinan dokumen dan maklumat harta tanah berimilik bagi tujuan kegunaan rasmi.
b) Mengurus carian rasmi hakmilik.
c) Mengurus, mengendalikan penempatan simpanan dokumen hakmilik harta tanah UTM yang asal dan terkini.
d) Menyemak dan mengemaskini jika berlaku perubahan maklumat hakmilik.
e) Mengurus keperluan dokumen dan proses pengeluaran hakmilik sambungan selepas pengambilan tanah.
f) Mengurus pendaftaran hakmilik kekal.
g) Melaksanakan siasatan hakmilik tanah yang bermasalah.                h) Merancang dan melaksanakan penilaian aset tanah dan bangunan secara berkala termasuk bagi tujuan urusniaga (sewaan atau pajakan).
i) Menyediakan maklumat terperinci bagi urusan bicara siasatan hakmilik aset harta tanah UTM.
j) Mengemaskini maklumat kadar cukai dan merancang keperluan kos tanah tahunan.
k) Mengurus bayaran premium tanah, cukai harta tanah, cukai tanah, yuran pajakan tahunan, fi ikhtisas dan lain- lain.
l) Memberi input bagi penyediaan deraf perjanjian urusniaga harta tanah yang baru.
m) Menyediakan dan melaksanakan pelan risiko dan pelan mitigasi pengurusan pentadbiran tanah.

 

 

FUNGSI UNIT GEODATA DAN PERSEMPADANAN

a) Menjadi ‘workstation’ kemasukan dan pengumpulan data GIS harta tanah UTM.
b) Merancang keperluan menjalankan kerja ukur hakmilik / ukur persempadanan tanah.
c) Menyediakan Terma Rujukan Perunding (TOR).
d) Membuat kutipan data GIS harta tanah mengikut keperluan dan tujuan kegunaan.
e) Merancang dan melaksanakan lawat periksa sempadan tanah-tanah UTM secara bersinergi dengan pihak Keselamatan UTM.
f) Mengurus pendaftaran semua aset tanah UTM dalam aplikasi sistem pengurusan tanah UTM.
g) Mengurus dan menyediakan pelan-pelan tanah.
h) Mengurus dan mengendali sistem pengurusan tanah UTM secara konsisten.
i) Mengurus, melaksana, mengemaskini dan menyelenggara metadata pengurusan tanah UTM.
j) Mengurus dan menggunakan medium penyebaran metadata yang sesuai.
k) Memantau keselamatan infrastruktur Server Geodatabase. l) Menyediakan dan melaksanakan pelan risiko dan pelan mitigasi pengurusan geodatabase dan persempadanan tanah.

FUNGSI UNIT PENTADBIRAN DAN PEMAJUAN TANAH UTMKL

a) Merancang, mengendali dan menilai aktiviti yang melibatkan cadangan pembangunan harta tanah UTM di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
b) Urusetia Jawatankuasa Teknikal Pengurusan dan Pembangunan Tanah UTM.
c) Menyelaras perancangan pelan induk pembangunan tanah UTM.
d) Mengurus dan menyemak keperluan dokumen dan maklumat proses pemajuan tanah.
e) Melaksanakan aktiviti lawat-periksa sebelum dan selepas aktiviti urusniaga (pajakan tanah atau sewaan tanah).
f) Memantau pelaksanaan pembangunan fizikal aset tanah agar mematuhi peraturan, perundangan dan akta yang sedang berkuatkuasa.
g) Memantau kawasan urusniaga harta tanah dan mengkaji semula perjanjian urusniaga harta tanah sedia ada yang bermasalah.
h) Menyediakan dan melaksanakan pelan risiko dan pelan mitigasi pengurusan pemajuan tanah.