
Seksyen Harta Tanah telah mengadakan Mesyuarat Pembangunan Pangkalan Data Geospatial Harta Tanah UTM Bil. 2/2025 bagi membincangkan usaha penambahbaikan sistem pengurusan data geospatial harta tanah universiti. Fokus utama mesyuarat ini adalah memperkemas dan meningkatkan kecekapan lapan modul utama dalam sistem, iaitu Hakmilik, Kos Tanah, Penilaian Harta Tanah, Perjanjian Urusniaga, Guna Tanah, Pemantauan Urusniaga, Serahan Kawasan, dan Persempadanan Tanah.
Penambahbaikan ini bertujuan memastikan pengurusan data harta tanah lebih sistematik, tepat, dan mesra pengguna, selaras dengan keperluan operasi serta perancangan strategik universiti. Dengan peningkatan fungsi modul-modul ini, sistem akan lebih berdaya saing dalam menyokong keputusan berkaitan pemilikan, transaksi, dan penggunaan tanah di UTM. Seksyen Harta Tanah terus komited dalam memperkasa teknologi geospatial bagi memastikan pengurusan aset universiti lebih cekap dan teratur.