+07 553 0396 hartanah.spht@utm.my

Pada 21 Februari 2025, Seksyen Harta Tanah telah mengadakan Majlis Mutiara Gemilang & Sesi Penyerahan Kunci Pejabat Baharu bertempat di pejabat Seksyen Harta Tanah. Majlis ini dihadiri oleh Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset (BPA), Prof. Madya Sr. Tajul Ariffin bin Musa, bersama pengarah-pengarah seksyen di bawah Bahagian Pengurusan Aset.

Majlis ini bertujuan menghargai dedikasi dan komitmen warga kerja dengan penyampaian anugerah Star of The Month, sambutan hari lahir staf bagi bulan Januari dan Februari, serta penghargaan kepada staf yang baru menimang cahaya mata. Selain meraikan pencapaian individu, majlis ini turut menyaksikan satu detik bersejarah dengan sesi gimik penyerahan kunci pejabat baharu Seksyen Harta Tanah, yang telah siap menjalani proses pengubahsuaian.

Penyerahan kunci disempurnakan oleh Prof. Madya Sr. Tajul Ariffin bin Musa, menandakan fasa baharu bagi Seksyen Harta Tanah dalam menyediakan ruang kerja yang lebih selesa dan kondusif. Dengan kemudahan yang dipertingkatkan, pejabat ini diharapkan dapat meningkatkan produktiviti serta memperkukuh operasi pengurusan aset dan harta tanah universiti.