Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera

Unit sukan sentiasa menjadi medium kepada semua warga universiti untuk terlibat dalam segala aktiviti sukan dan rekreasi. Sukan boleh menjadi wadah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamanya warga universiti. Nilai-nilai murni juga dapat diterapkan ke dalam diri individu melalui aktiviti bersukan dan rekreasi. Sukan juga dapat merentasi jurang integrasi antara kaum dan baik bagi perkembangan fizikal dan psikologikal.

Penyertaan warga universiti dalam acara sukan dan rekreasi dapat membentuk watak serta jati diri setiap individu. Disiplin yang tinggi, semangat serta kesungguhan menjadi penentu utama untuk menjadi juara. Diingatkan juga agar semua yang terlibat dalam aktiviti sukan serta rekreasi ini sentiasa mengamalkan semangat kesukanan dan kerjasama yang tinggi. Jangan kerana terlalu memandang kepada kejayaan, tetapi terlupa pada semangat kesukanan dan perpaduan.

 

Sekian

 

Encik Hafiz Nor Azri Bin Halimi
Pegawai Belia Sukan
Pusat Kecemerlangan SukanĀ 
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur