UNIT TEMPAHAN RUANG
Unit tempahan ruang dan peralatan di wujudkan di bawah Unit Perkhidmatan Aset, Pejabat Pengarah Kerja bagi menguruskan semua tempahan ruang di ruang bangunan gunasama seperti Dewan Sultan Iskandar, Dewan Banquet ataupun Dewan Senat.
Unit ini distrukturkan semula di bawah Kluster Perkhidmatan, Pejabat Harta Bina dan kemudiannya di bawah Kluster Perkhidmatan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) mulai Disember 2017 dan seterusnya distrukturkan di bawah Seksyen Pengurusan Fasiliti, Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan, UTM sehingga kini.
Unit ini berfungsi menguruskan tempahan ruang bangunan gunasama
Mengendali
Mengendalikan dan memproses permohonan tempahan ruang dan peralatan secara berbayar atau tidak berbayar dari pihak dalam dan luar kampus UTM.
MERANCANG
Merancang dan mengatur agihan pelaksanaan tugasan harian, mingguan dan bulan berdasarkan tempahan berjadual pelanggan dari pihak dalaman dan luar bagi tempahan ruang/peralatan di dalam kampus
MENYEDIA
Menyedia, menghantar dan menyusun atur keperluan peralatan tempahan didalam ruang yang terlibat.
MEREKOD
Merekod keluar dan masuk bagi peralatan peminjaman ruang/peralatan secara berbayar atau tidak berbayar.
Merekod Dan Menyemak
Merekod dan menyemak keadaan peralatan dalam tempoh tertentu bagi kesediaan ruang/peralatan untuk tempahan
Mempromosi
Mempromosi tempahan ruang dan peralatan (dalam perancangan)
Merekod dan MENYIMPAN
Merekod dan menyimpan data peminjaman dan tempahan ruang/peralatan dari pihak dalam atau luar kampus UTM
analisis dan pelaporan
Mewujudkan kerangka bagi tujuan analisis dan pelaporan trend peminjaman dan penggunaan ruang dan peralatan
melapor
Melapor keadaan dan ruang bagi tujuan penyenggaraan dan penambahbaikan kualiti
Dewan Sultan Iskandar
Menempatkan beberapa ruang antaranya :
1.Bilik Canselor @ Bilik VVIP
2.Bilik Jamuan
3.Bilik Majlis
4.Ruang Legar DSI
5.Dataran Agora
L50
Menempatkan beberapa ruang antaranya :
1.Dewan Kuliah
2.Ruang Legar L50
N24
Menempatkan beberapa ruang antaranya :
1.Bilik Kuliah
2.Dewan Kuliah
3.Ruang Legar N24
P19
Menempatkan beberapa ruang antaranya :
1.Bilik Kuliah
2.Ruang Legar P19