OSSR
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempunyai sejumlah ruang di kampus UTM Skudai, Johor yang ditadbir urus oleh Bahagian Perkhidmatan, Pejabat Harta Bina (PHB) UTM dan disediakan untuk sewaan oleh staf dan pelajar UTM serta pihak luar.
Jenis-Jenis Ruang dan Lokasi
Jenis-jenis ruang dan lokasi sepertimana berikut :
- Dewan Sultan Iskandar (DSI)
- Ruang Legar (DSI)
- Bilik Jamuan (DSI)
- Bilik Senat (DSI)
- Bilik Majlis (DSI)
- Bilik VIP (DSI)
- Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI)
- Dewan Jamuan / Bankuet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI)
- Dewan Kuliah 1, 2 dan 3 (L50)
- Dewan Kuliah 4, 5 dan 6 (P19)
- Dewan Kuliah 8 dan 9 (N24)
- Dewan Kuliah 7 (N24)
- Bilik Kuliah 1-6 (N24)
- Bilik Demo 1 dan 2 (P16)- tidak diuruskan lagi oleh Pejabat OSSR PHB
- Bilik Kuliah Tambahan 1-4 (P16)- tidak diuruskan lagi oleh Pejabat OSSR PHB
- Bilik Peperiksaan (P16)- tidak diuruskan lagi oleh Pejabat OSSR PHB
- Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI)
- Bilik Tutorial- tidak diuruskan lagi oleh Pejabat OSSR PHB
- Dewan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (DPRZS)
- Dataran UTM (dahulunya dikenali Padang Kawad)
- Dataran Agora
- Dataran Masjid Sultan Ismail (MSI)
Jadual Kadar Sewa Ruang Universiti (Semakan 2018)
Nama Ruang |
Kapasiti |
Kadar Sewa |
Kategori (RM) |
||
Staf / Pelajar UTM | Badan Kerajaan / Universiti Awam | Swasta / Orang Awam | |||
Dewan Sultan Iskandar (DSI) |
3456 | 3 jam pertama | 1615 | 2685 | 3350 |
1 jam pertama | 410 | 815 | 1085 | ||
Caj perkhidmatan | 1000 |
||||
Caj pembersihan | 750 |
||||
Ruang Legar (DSI) | 300 | Sehari | 190 | 285 | 340 |
|
– | 1 hari (8 jam) | 300 | ||
Caj kebersihan | 500 | ||||
Caj pemasangan elektrik |
450 | ||||
Bilik Jamuan (DSI) |
60 | 1 jam | 55 | 75 | 85 |
Setengah hari |
140 | 210 | 245 | ||
1 hari (8 jam) | 255 | 410 | 495 | ||
Caj kebersihan | 50 | ||||
|
30 |
1 jam | 45 | 95 | 120 |
Setengah jam | 210 | 275 | 335 | ||
1 hari (8 jam) | 410 | 525 | 655 | ||
Caj kebersihan | 50 | ||||
Dewan Senat (BCSI) |
290 | 1 jam | 280 | 335 | 410 |
Setengah hari | 815 | 1015 | 1215 | ||
1 hari (8 jam) | 1615 | 2025 | 2410 | ||
Caj kebersihan | 350 | ||||
Caj Perkhidmatan Staf | 100 | ||||
Dewan Jamuan/ Bankuet (BCSI) |
230 | 1 jam | 210 | 280 | 335 |
Setengah hari | 610 | 815 | 1015 | ||
1 hari (8 jam) | 1215 | 1615 | 2025 | ||
Caj Perkhidmatan | 500 |
||||
Caj Pembersihan | 350 | ||||
Dataran UTM |
5000 | 1 jam | – | – | – |
Setengah hari (5 jam) |
500 | 500 | 500 | ||
1 hari (8 jam) | 1000 | 1000 | 1000 | ||
Dewan Kuliah 1, 2, 3 (L50) |
250
|
Setengah hari | 225 | 275 | 335 |
Dewan Kuliah 4, 5, 6 (P19) |
1 hari (8 jam) | 410 | 530 | 655 | |
Dewan Kuliah 8, 9 (N24) |
Caj perkhidmatan | 50 | |||
Caj kebersihan | 100 | ||||
Dewan Kuliah 7 (N24) |
500 | Setengah hari | 410 | 465 | 525 |
1 hari (8 jam) | 815 | 925 | 1045 | ||
Caj perkhidmatan | 50 | ||||
Caj kebersihan | 150 | ||||
|
72
120 42 |
Setengah hari | 85 | 135 | 190 |
1 hari (8 jam) | 170 | 245 | 380 | ||
Caj perkhidmatan | 50 | ||||
Caj kebersihan | 50 | ||||
Bilik Mesyuarat Utama (BCSI) |
30 | Setengah hari | 55 | 75 | 135 |
1 hari (8 jam) | 90 | 135 | 245 | ||
Caj kebersihan | – | – | – | ||
Dewan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (DPRZS) [harga untuk 1 aras sahaja] |
250 (Aras 1)
400 (Aras 2) |
Setengah hari |
390 | 545 | 775 |
1 hari (8 jam) |
675 | 915 | 1345 | ||
Caj perkhidmatan | 50 | ||||
Caj kebersihan |
350 |
NOTA
- Kadar harga adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
- Caj tidak termasuk:
Caj Papan Tanda Arah: RM 135.00
3. Semua urusniaga dalam Ringgit Malaysia (RM).
4. Pengecualian kadar caj sewaan boleh diberikan untuk program rasmi universiti (tertakluk kepada terma dan syarat-syarat ditetapkan).
5. Semua kadar harga sewaan adalah TIDAK termasuk GST 6%.
Kemudahan-Kemudahan Asas
- Masjid Sultan Ismail
- Mesin Pengeluaran Wang Automatik (ATM)- CIMB, Bank Islam dan Maybank
- Tempat parkir kenderaan (Laman Menanti)
- Scholar’s Inn (Penginapan)
- Rumah Kampung (Penginapan)
- Tandas
- Kafeteria Bangunan Persatuan Pelajar (SUB)
Borang Permohonan
Pihak-pihak yang ingin menyewa ruang-ruang universiti seperti yang dinyatakan di atas boleh memohon dengan muat turun borang permohonan menerusi capaian di sini.
Permohonan hendaklah tidak kurang 7 hari bekerja sebelum program diadakan. Kelulusan adalah berdasarkan kekosongan ruang dan pertimbangan pengurusan universiti (kes-kes khas).
Rujukan Peraturan Penyewaan Ruang-Ruang Universiti
Peraturan dan Syarat-Syarat Penyewaan:
- Pihak penyewa hendaklah menjelaskan bayaran dengan menggunakan cek berpalang atau Pesanan Tempatan (LO) atas nama “BENDAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA” dalam masa 7 (TUJUH) hari sebelum tarikh program dijalankan;
- Peserta / pekerja hendaklah sentiasa berpakaian sopan dan menjaga tatasusila semasa berada di dalam kawasan universiti;
- Pihak penyewa juga dikehendaki menjaga kebersihan dan keselamatan persekitaran yang digunakan semasa dan pasca program dijalankan;
- Permohonan ini akan terbatal sekiranya pada tarikh berkenaan, ruang tersebut digunakan untuk majlis rasmi universiti;
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan atau pembatalan tarikh, pihak penyewa hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada pihak universiti selewat-lewatnya 7 (TUJUH) hari sebelum tarikh penggunaan ruang berkenaan;
- Kelulusan untuk sesuatu program diberikan hendaklah bersamaan dengan aktiviti yang dilaksanakan pada tarikh diluluskan;
- Selaras dengan Polisi Pelestarian Kampus Universiti, sebarang penggunaan bekas polisterin untuk tujuan membungkus makanan dan minuman TIDAK DIBENARKAN digunakan di dalam kawasan universiti;
- Seluruh kawasan kampus UTM adalah diisytiharkan kawasan LARANGAN MEROKOK dan pihak penyewa hendaklah memastikan peserta / pelawat tidak merokok;
- Pihak universiti berhak membatalkan program ini dalam tempoh 7 (TUJUH) hari bekerja sekiranya didapati terdapat pelanggaran syarat-syarat yang ditetapkan oleh universiti seperti yang terkandung di dalam surat kelulusan;
- Wakil pihak penyewa / petugas yang terlibat dalam program yang diluluskan hendaklah mengemukakan serta menunjukkan surat kelulusan ini untuk tujuan pengesahan dan rujukan pihak Bahagian Keselamatan UTM;
- Segala kerosakan / kemusnahan yang terjadi terhadap harta benda universiti semasa program dilaksanakan akan ditanggung oleh pihak penyewa; dan
- Universiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlakunya sebarang kemalangan / kecurian / kerosakan harta-benda pihak penyewa / peserta semasa program dilaksanakan.
Pertanyaan / Maklumat Lanjut
Ketua Kluster Perkhidmatan
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
81310 UTM, Kampus Johor Bahru, Johor.
(u.p: En. Ahmad Adli bin Ghazali)
E-mel: ossr@utm.my
Telefon: 07- 553 1119 / 60 19-708 4828 (En. Ahmad Adli bin Ghazali) / 0291 / 012-4013851 (Pn. Norhaslinda Salleh) / 0047 (Pejabat Am: Pn Norsaidatul Saidah bt. Khalid)
Faks: 07-5530582