KLUSTER HOSPITALITI
BAHAGIAN PENGURUSAN PERNIAGAAN
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEDIAMAN DESA SKUDAI

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Kediaman Staf Desa Skudai mempunyai 120 unit rumah yang disewakan kepada staf-staf universiti yang berkelayakan.

Kadar sewa sebulan Kediaman Staf Desa Skudai ialah seperti berikut:

Lokasi Kategori Kadar sewa sebulan (RM) berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2015
 Kediaman Staf Desa Skudai Kediaman Staf Bukan Akademik 350.00

 

Kadar sewaan ini TIDAK TERMASUK bayaran utiliti air dan elektrik dan hendaklah dijelaskan oleh penghuni sendiri.

Keutamaan akan diberikan kepada kriteria staf seperti di bawah:

  1. Berkahwin / Belum Berkahwin;
  2. Bertaraf lantikan Tetap / Kontrak oleh universiti termasuk lantikan PTJ / Jabatan secara geran penyelidikan (kuat kuasa 1 Januari 2017);
  3. Tidak memiliki rumah;
  4. Disokong oleh Ketua Jabatan;
  5. Gaji Maksimum kedua-dua pasangan (telah berkahwin) atau individu (belum berkahwin) tidak melebihi RM 4,000.00 (gaji bersih);
  6. Keutamaan kepada Kumpulan C dan D (kumpulan sokongan bukan akademik), walau bagaimanapun Kumpulan A dan B juga diberikan pertimbangan sekiranya berlaku kekosongan (Kuat kuasa 1 Disember 2016);
  7. Tertakluk kepada kekosongan semasa

Pemohon yang berjaya hendaklah menjelaskan deposit masuk dan utiliti (air dan elektrik sebanyak RM 200.00 secara tunai atau potongan gaji (RM 50.00 X 4 bulan) sebelum / semasa memasuki rumah yang ditawarkan oleh pihak universiti. Deposit akan dipulangkan sepenuhnya SEKIRANYA rumah yang ditinggalkan oleh penghuni yang keluar adalah bersih, tiada kerosakan pada fizikal rumah yang akan dinilai oleh Pegawai Perumahan Universiti.

Tawaran adalah berdasarkan kepada kekosongan semasa dan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Induk Perumahan Universiti.

Semua keputusan adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan pertukaran rumah TIDAK AKAN DILAYAN.

Tempoh menduduki perumahan: MAKSIMUM 5 TAHUN (3+2) dari tarikh surat tawaran. Sebarang perlanjutan adalah TERTAKLUK kepada keputusan jawatankuasa bergantung kepada bilangan permohonan semasa dan hendaklah dimohon semula seperti biasa.

STATISTIK KEDIAMAN DESA SKUDAI