SEKSYEN PERKHIDMATAN
BAHAGIAN PENGURUSAN PERNIAGAAN
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERUMAHAN DESA SKUDAI

PERMOHONAN

Perumahan Desa Skudai ialah perumahan 3 blok flat 4 tingkat  yang terletak di jalan Sejahtera 16 Taman Desa Skudai. (Rumah 3 bilik 2 bilik air)

Perumahan Desa Skudai mempunyai 120 unit rumah yang disewakan kepada staf-staf universiti yang berkelayakan.

Kadar sewaan adalah sebanyak RM350 tidak termasuk utiliti air dan api.

 

PERMOHONAN

 Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang Permohonan Menduduki Kediaman Staf Universiti”. Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Am Unit Residen atau dari laman sesawang Perumahan Desa Skudai | UTM Unit Residen

 

Permohonan yang berjaya akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu dan apabila tiba giliran dan ada kekosongan, pemohon akan dihubungi.

 

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan sama ada secara serahan terus atau melalui pos atau emel kepada:

Perumahan Staf

Rumah Residen, TNCP UTM

Arked Angkasa, Blok MA 02, Aras 2,

Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Skudai, Johor

staff.housing@utm.my

 

SYARAT KELAYAKAN (AM)

Pemohon hendaklah seorang staf tetap, sambilan, sementara atau kontrak universiti atau anak syarikat universiti.

Pemohon hendaklah dari Gred 40 dan ke bawah dan telah berkahwin.

Bagi yang belum berkahwin, permohonan boleh dibuat tetapi rumah yang akan diberikan adalah di Tingkat 4 sahaja.