SEKSYEN PERKHIDMATAN
BAHAGIAN PENGURUSAN PERNIAGAAN
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERUMAHAN DESA BAKTI
PERMOHONAN
Perumahan Desa Bakti di luar pagar Kampus UTMJB. Ianya merupakan Rumah Sewa Universiti yang mempunyai 198 unit (Rumah 1 bilik 1 bilik air)
Perumahan Staf Desa Bakti mempunyai 198 unit rumah yang disewakan kepada staf-staf universiti yang berkelayakan.
Kadar sewaan adalah sebanyak RM216 termasuk utiliti air manakala utiliti elektrik hendaklah dijelaskan oleh penghuni sendiri.
Lokasi Perumahan Desa Bakti
PENDAFTARAN DAN PERMOHONAN
PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang Permohonan Menduduki Kediaman Staf Universiti”. Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Am Unit Residen atau dari laman sesawang Perumahan Desa Bakti | UTM Unit Residen
Permohonan yang berjaya akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu dan apabila tiba giliran dan ada kekosongan, pemohon akan dihubungi.
Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan sama ada secara serahan terus atau melalui pos atau emel kepada:
Perumahan Staf
Rumah Residen, TNCP UTM
Arked Angkasa, Blok MA 02, Aras 2,
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Skudai, Johor
SYARAT KELAYAKAN (AM)
Pemohon hendaklah seorang staf tetap, sambilan, sementara atau kontrak universiti atau anak syarikat universiti.
Pemohon hendaklah dari Gred 28 dan ke bawah dan telah berkahwin.