Soalan Lazim (FAQ)
Bayaran
Bagaimana cara untuk membuat tuntutan?
Isi borang tuntutan melalui sistem UTMFin, sertakan resit dan dokumen berkaitan, dapatkan pengesahan pegawai, hantar ke Unit Kewangan untuk semakan.
Berapa lama proses kelulusan tuntutan bayaran?
Tempoh kelulusan ialah 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima di Unit Kewangan.
Bila tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan yang seterusnya?
Sila rujuk Kalendar Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan yang tertera pada halaman utama laman web Unit Kewangan atau boleh berhubung dengan Urusetia.
Berapa had nilai bagi inventori dan aset?
Had nilai inventori adalah dari RM500.00 sehingga RM2,999.99, manakala aset bermula dari nilai RM3,000.00 ke atas.
Berapa had maksimum bagi pembelian yang menggunakan Panjar Wang Runcit?
Nilai maksimum pada satu-satu resit ialah tidak melebihi RM500.00
Bolehkah saya membuat tuntutan bagi resit yang tarikhnya telah melebihi 3 bulan?
Kelulusan adalah bergantung pada pertimbangan Jabatan Bendahari. Sila isi Borang Justifikasi Kelewatan Mengemukakan Tuntutan (Staf) dan hantar ke Unit Kewangan beserta dengan dokumen tuntutan.
Berapa had nilai bagi keraian mesyuarat dalaman jabatan?
Kadar maksimum bagi keraian mesyuarat dalaman jabatan adalah RM8.00 seorang.
Aset Alih
Apakah perbezaan antara Harta Tetap dan Inventori?
Harta Tetap:
Aset Alih yang harga perolehan asalnya minimum RM 3,000.00 setiap unit dan mempunyai jangka hayat melebihi 4 tahun.
Inventori:
Aset Alih yang harga perolehan asalnya minimum RM500.00 dan maksimum RM2,999.99 setiap unit dan mempunyai jangka hayat melebihi 1 tahun.
Semua jenis perabot dengan perolehan asalnya minimum RM500.00.
Siapakah yang melantik Pegawai Penerima Aset Alih?
Ketua Jabatan hendaklah melantik Pegawai Penerima yang bertanggungjawab untuk menerima dan memeriksa aset alih yang diterima. Bagi aset teknikal, Pegawai Penerima yang dilantik hendaklah memiliki kepakaran dalam bidang berkaitan.
Adakah aset lama yang baru ditemui dan tidak mempunyai punca maklumat perlu didaftarkan?
Semua aset hendaklah didaftarkan. PTJ hendaklah membuat anggaran harga dan maklumat-maklumat lain berdasarkan fizikal aset berkenaan sekiranya tidak mempunyai punca maklumat.
Terimaan
PayHub - Apakah had minimum bayaran bagi setiap transaksi FPX?
Had minimum setiap transaksi bayaran menggunakan FPX ialah RM1.00
PayHub - Pelanggan mengemukakan resit rasmi. Bagaimana saya hendak pastikan resit tersebut sah dan bayaran telah diterima?
Resit Rasmi UTM mempunyai QR code di sebelah kanan & di atas. PTJ/Fakulti boleh scan QR tersebut untuk menyemak status bayaran yang direkodkan di Payment Gateway UTM. Lihat contoh.