Asset Management Division
Department of Deputy Vice-Chancellor (Development)
Project and Maintenance Unit
To plan, manage and oversee the implementation of development, renovation and upgrading projects in a systematic and efficient manner, ensuring the provision and enhancement of infrastructure and facilities that meet established quality standards and support the organization’s operational and strategic needs.
// Merancang, mengurus dan memantau pelaksanaan projek pembangunan, pengubahsuaian dan naik taraf secara sistematik dan cekap bagi memastikan penyediaan serta penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan memenuhi standard kualiti yang ditetapkan serta menyokong keperluan operasi dan strategik organisasi.
Building and Infrastructure Maintenance Unit
To plan, manage and oversee the implementation of building and infrastructure maintenance works in a systematic and efficient manner, ensuring that facilities and physical assets remain safe, functional, well-maintained and capable of supporting the organisation’s operational and sustainability objectives.
// Merancang, mengurus dan memantau pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan bangunan dan infrastruktur secara sistematik bagi memastikan kemudahan dan aset fizikal sentiasa berada dalam keadaan selamat, berfungsi dengan baik, berkualiti serta memenuhi keperluan operasi dan kelestarian organisasi.
Space and Facilities Management Unit
To plan, coordinate, manage and oversee the systematic management of spaces and facilities, ensuring their optimal utilisation, compliance with established policies and guidelines, and support for the organisation’s operational, academic and strategic requirements.
// Merancang, menyelaras, mengurus dan memantau pengurusan ruang dan fasiliti secara sistematik bagi memastikan penggunaan ruang dan kemudahan dioptimumkan, mematuhi dasar serta garis panduan yang ditetapkan, dan menyokong keperluan operasi, akademik serta strategik organisasi.
Services Unit
To plan, manage and oversee the delivery of support services in a systematic and efficient manner, ensuring responsive, high-quality and customer-focused services that support the organisation’s operational requirements and enhance overall organisational effectiveness.
// Merancang, mengurus dan memantau penyampaian perkhidmatan sokongan secara sistematik bagi memastikan penyediaan perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan responsif dalam menyokong keperluan operasi serta meningkatkan kepuasan pelanggan dan keberkesanan organisasi.
Land Administration and Development Unit
To plan, manage and oversee land administration and development activities in a systematic manner, ensuring the sustainable development, utilization and management of land assets in compliance with applicable regulations while supporting the organization’s operational and strategic objectives.
// Merancang, mengurus dan memantau urusan pentadbiran serta pemajuan tanah secara sistematik bagi memastikan pembangunan, penggunaan dan pengurusan aset tanah dilaksanakan secara mampan, mematuhi perundangan serta menyokong keperluan operasi dan strategik organisasi.
Campus Sustainability and Landscape Unit
To plan, manage and oversee the implementation of campus sustainability initiatives and landscape management in a systematic manner, ensuring a conducive, sustainable, safe and aesthetically pleasing campus environment that supports the well-being of the university community and the organization’s sustainable development aspirations.
// Merancang, mengurus dan memantau pelaksanaan inisiatif kelestarian serta pengurusan landskap dan keindahan kampus secara sistematik bagi mewujudkan persekitaran kampus yang kondusif, lestari, selamat dan berkualiti serta menyokong kesejahteraan warga dan aspirasi pembangunan mampan organisasi.
Contracts and Procurement Unit
To plan, manage and oversee contract and procurement activities in a systematic manner, ensuring transparent, efficient and compliant procurement processes that uphold integrity, support effective governance and meet the organization’s operational requirements.
// Merancang, mengurus dan memantau urusan kontrak dan perolehan secara sistematik bagi memastikan proses perolehan dilaksanakan secara telus, cekap, berintegriti dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa, selaras dengan keperluan operasi dan tadbir urus organisasi.
News & Updates

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Bahagian Pengurusan Aset (BPA) bersama Komuniti Asrama Darul Falah, PERKIM (ASDAF) Kuala Lumpur
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan pengisian aktiviti seperti gotong-royong, sesi ramah mesra, penyampaian sumbangan serta aktiviti kebajikan yang memberi manfaat kepada komuniti, sekali gus mengeratkan silaturahim dan menyemai nilai keprihatinan dalam kalangan semua yang terlibat.

Lawatan Tapak oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM di Kolej Siswa Jaya (KSJ) UTM Kuala Lumpur
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keadaan fasiliti kolej termasuk bilik penginapan pelajar serta perkembangan kerja-kerja baik pulih yang sedang dilaksanakan. Tinjauan ini penting bagi memastikan tahap penyelenggaraan sentiasa berada dalam keadaan baik dan kondusif.

Sesi Perjumpaan & Walkabout Kampus UTM Kuala Lumpur Bersama Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM
Sesi penerangan ringkas dan perkongsian maklumat oleh barisan pengurusan JTNC(P) UTM Kuala Lumpur serta sesi Walkabout Kampus UTM Kuala Lumpur melalui laluan Menara Razak – Scholar’s Inn – MJIIT – sekitar kampus oleh YBrs. Prof. Ir. Ts. Dr. Zaini bin Ahmad.

Taklimat ASCEND & Mesyuarat Bahagian Pengurusan Aset JTNC(P) UTM Kuala Lumpur
Sesi ini bertujuan menyelaras kefahaman terhadap hala tuju dan sasaran strategik yang ditetapkan, seterusnya memastikan setiap inisiatif di peringkat jabatan dilaksanakan secara terancang, bersepadu dan berimpak. Taklimat ini disampaikan oleh Sr. Ts. Yusmady bin Md. Junus, Pengarah Bahagian Pengurusan Aset, UTM Kuala Lumpur.

