Kediaman Staf Universiti
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempunyai 360 unit kediaman di kampus UTM Skudai, Johor yang disediakan untuk staf-staf UTM. Jenis-jenis rumah dan lokasi seperti berikut :
Kediaman Staf Desa Bakti
Kediaman Staf Desa Bakti mempunyai 200 unit rumah yang disewakan kepada staf-staf universiti yang berkelayakan.
Kadar sewa sebulan Kediaman Staf Desa Bakti ialah seperti berikut:
Lokasi | Kategori | Kadar sewa sebulan (RM) berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2015 |
1. Kediaman Staf Desa Bakti | Kediaman Staf Bukan Akademik | 200.00 |
Kadar sewaan ini TIDAK TERMASUK bayaran utiliti elektrik dan hendaklah dijelaskan oleh penghuni sendiri. Manakala bagi utiliti air, bil akan dipotong terus menerusi gaji bulanan staf berdasarkan bacaan meter air oleh petugas perumahan universiti.
Keutamaan akan diberikan kepada kriteria staf seperti di bawah:
- Berkahwin sahaja (keutamaan kepada staf yang baharu berkahwin);
- Bertaraf lantikan Tetap / Kontrak oleh universiti sahaja dan bukan jabatan;
- Tidak memiliki rumah;
- Disokong oleh Ketua Jabatan;
- Gaji Maksimum kedua-dua pasangan tidak melebihi RM 3,000.00 (gaji bersih);
- Keutamaan kepada Kumpulan C dan D (kumpulan sokongan bukan akademik);
- Tertakluk kepada kekosongan semasa
Pemohon yang berjaya hendaklah menjelaskan deposit masuk dan utiliti (air dan elektrik) sebanyak RM 200.00 secara tunai atau potongan gaji (RM 50.00 X 4 bulan) sebelum / semasa memasuki rumah yang ditawarkan oleh pihak universiti. Deposit akan dipulangkan sepenuhnya SEKIRANYA rumah yang ditinggalkan oleh penghuni yang keluar adalah bersih, tiada kerosakan pada fizikal rumah yang akan dinilai oleh Pegawai Perumahan Universiti.
Tawaran adalah berdasarkan kepada kekosongan semasa dan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Induk Perumahan Universiti.
Semua keputusan adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan pertukaran rumah TIDAK AKAN DILAYAN
Tempoh menduduki perumahan: MAKSIMUM 5 TAHUN (3+2) dari tarikh surat tawaran. Sebarang perlanjutan adalah TERTAKLUK kepada keputusan jawatankuasa bergantung kepada bilangan permohonan semasa dan hendaklah dipohon semula seperti biasa.
Kediaman Staf Desa Skudai
Kediaman Staf Desa Skudai mempunyai 120 unit rumah yang disewakan kepada staf-staf universiti yang berkelayakan.
Kadar sewa sebulan Kediaman Staf Desa Skudai ialah seperti berikut:
Lokasi | Kategori | Kadar sewa sebulan (RM) berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2015 |
Kediaman Staf Desa Skudai | Kediaman Staf Bukan Akademik | 350.00 |
Kadar sewaan ini TIDAK TERMASUK bayaran utiliti air dan elektrik dan hendaklah dijelaskan oleh penghuni sendiri.
Keutamaan akan diberikan kepada kriteria staf seperti di bawah:
- Berkahwin / Belum Berkahwin;
- Bertaraf lantikan Tetap / Kontrak oleh universiti termasuk lantikan PTJ / Jabatan secara geran penyelidikan (kuat kuasa 1 Januari 2017);
- Tidak memiliki rumah;
- Disokong oleh Ketua Jabatan;
- Gaji Maksimum kedua-dua pasangan (telah berkahwin) atau individu (belum berkahwin) tidak melebihi RM 4,000.00 (gaji bersih);
- Keutamaan kepada Kumpulan C dan D (kumpulan sokongan bukan akademik), walau bagaimanapun Kumpulan A dan B juga diberikan pertimbangan sekiranya berlaku kekosongan (Kuat kuasa 1 Disember 2016);
- Tertakluk kepada kekosongan semasa
Pemohon yang berjaya hendaklah menjelaskan deposit masuk dan utiliti (air dan elektrik sebanyak RM 200.00 secara tunai atau potongan gaji (RM 50.00 X 4 bulan) sebelum / semasa memasuki rumah yang ditawarkan oleh pihak universiti. Deposit akan dipulangkan sepenuhnya SEKIRANYA rumah yang ditinggalkan oleh penghuni yang keluar adalah bersih, tiada kerosakan pada fizikal rumah yang akan dinilai oleh Pegawai Perumahan Universiti.
Tawaran adalah berdasarkan kepada kekosongan semasa dan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Induk Perumahan Universiti.
Semua keputusan adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan pertukaran rumah TIDAK AKAN DILAYAN.
Tempoh menduduki perumahan: MAKSIMUM 5 TAHUN (3+2) dari tarikh surat tawaran. Sebarang perlanjutan adalah TERTAKLUK kepada keputusan jawatankuasa bergantung kepada bilangan permohonan semasa dan hendaklah dimohon semula seperti biasa.
Kuarters Staf Cengal/Desa Bakti (Tunggu Sedia Universiti)
Kuarters Staf Cengal mempunyai sebanyak 11 unit rumah yang disediakan khas bagi staf tunggu sedia universiti yang berkhidmat secara “on call” atau kecemasan dan disahkan kritikal oleh Ketua Jabatan Pusat Tanggungjawab (PTJ) UTM.
Kediaman yang disediakan adalah berdasarkan selagi mana tempoh staf tersebut bertaraf tunggu sedia sahaja
Kemudahan ini juga turut meliputi staf tunggu sedia universiti di Kediaman Staf Desa Bakti dengan kadar sewa dan tempoh menetap yang sama seperti diperuntukkan untuk Kuarters Staf Cengal
Rumah Penghulu di Kediaman Staf Desa Bakti dan Desa Skudai turut termasuk dalam kategori kuarters tunggu sedia universiti.
Staf yang dilantik sebagai Tunggu Sedia Universiti dan berjaya ditawarkan kuarters ini hendaklah menjelaskan deposit masuk dan utiliti (air dan elektrik) sebanyak RM 200.00secara tunai atau potongan gaji (RM 50.00 X 4 bulan) sebelum / semasa memasuki rumah. Deposit akan dipulangkan sepenuhnya SEKIRANYA rumah yang ditinggalkan oleh penghuni yang keluar adalah bersih, tiada kerosakan pada fizikal yang akan dinilai oleh Pegawai Perumahan Universiti.
Universiti hanya menanggung sebanyak RM 50 sahaja bil utiliti elektrik dan RM 20 (kadar minimum) untuk bil utiliti air setiap bulan bagi semua Kuarters Staf Tunggu Sedia Universiti (Cengal / kuota Desa Bakti) dan kadar selebihnya hendaklah ditanggung sendiri oleh staf tersebut.
Kadar sewa bagi kategori staf tersebut adalah seperti berikut:
Lokasi | Kategori | Kadar sewa sebulan (RM) berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2015 |
Kuarters Staf Cengal / Desa Bakti (Tunggu Sedia Universiti) | Kediaman Staf Bukan Akademik (Sokongan) |
25.00 (sewa) 125.00 (COLA) |
Kediaman Staf Akademik Kontrak Luar Negara / Umum Dan Kuarters Tunggu Sedia Universiti
Kediaman Staf Akademik Kontrak Luar Negara (27 unit rumah) disediakan kepada Profesor / pensyarah pelawat luar negara sahaja yang berkhidmat di UTM. Selebihnya, 1 unit kediaman diperuntukkan untuk Kediaman Rasmi Naib Canselor UTM dan 3 unit lagi untuk Kediaman Rasmi Pengarah / Ketua Pegawai Tunggu Sedia Universiti.
Butiran kediaman yang disediakan untuk kategori ini adalah seperti di bawah:
Lokasi
|
Kategori | Kadar sewa + COLA (jika berkenaan) sebulan / semalam (RM) berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2015 |
1. Kediaman Rasmi Naib Canselor | Kediaman Khas Jawatan (Naib Canselor UTM) | Tiada dikenakan sewa |
2. Kediaman Kolej Tun Fatimah (H27) | Kediaman Khas Profesor Pelawat / Kontrak Luar Negara sahaja (Dalam Kampus) / Staf Umum |
1,000.00 (sebulan)
250.00 (semalam) |
3. Kediaman Kolej Datin Seri Endon (W4-01) | Kediaman Khas Profesor Pelawat / Kontrak Luar Negara sahaja (Dalam Kampus) / Staf Umum |
1,000.00 (sebulan)
250.00 (semalam) |
4. Kediaman Kolej Tun Razak (K19) | Kediaman Khas Profesor Pelawat / Kontrak Luar Negara sahaja (Dalam Kampus) / Staf Umum |
1,000.00 (sebulan)
250.00 (semalam) |
5. Kediaman Kolej Tun Razak (K32) | Kediaman Khas Profesor Pelawat / Kontrak Luar Negara sahaja (Dalam Kampus) / Staf Umum |
1,000.00 (sebulan)
250.00 (semalam) |
6. Kediaman Kolej Tun Ghafar Baba (XC3-109) | Kediaman Khas Profesor Pelawat / Kontrak Luar Negara sahaja (Dalam Kampus) / Staf Umum |
1,000.00 (sebulan)
250.00 (semalam) |
7. Kediaman Kolej Tun Fatimah (H04 Kanan) | Kediaman Khas Ketua Pegawai Tunggu Sedia Universiti (Pejabat Harta Bina) | 25.00 (sewa) + 125.00 (COLA) |
8. Kediaman Kolej Tun Razak (K08 Kiri) | Kediaman Khas Ketua Pegawai Tunggu Sedia Universiti (Pusat Kesihatan Universiti) | 0.00 (sewa) + 125.00 (COLA) |
9. Kediaman S27 | Kediaman Khas Jawatan (Pengarah Pusat Kesihatan Universiti) | 0.00 (sewa) + 125.00 (COLA) |
10. Kediaman Khas | Kediaman Khas Jawatan (Pengarah Bahagian Keselamatan Universiti) | 0.00 (sewa) + 125.00 (COLA) |
11. Kediaman Kolej 9 (UA 3-K2) | Kediaman Khas Pensyarah Pelawat Luar Negara sahaja (Dalam Kampus) / Staf Umum |
1,000.00 (sebulan)
250.00 (semalam) |
12. Kediaman Kolej Tun Ghafar Baba (X3-109) | Kediaman Khas Pensyarah Pelawat / Kontrak Luar Negara sahaja (Dalam Kampus) / Staf Umum |
1,000.00 (sebulan)
250.00 (semalam) |
14. Kediaman Kolej 16 dan 17 (XB3-301) | Kediaman Khas Pensyarah Pelawat / Kontrak Luar Negara sahaja (Dalam Kampus) / Staf Umum |
600.00 (sebulan)
150.00 (semalam) |
15. Kediaman Kolej Rahman Putra (G11) | Kediaman Khas Pensyarah Pelawat / Kontrak Luar Negara sahaja (Dalam Kampus) / Staf Umum |
700.00 (sebulan)
180.00 (semalam) |
16. Kediaman Kolej Rahman Putra (G16) | Kediaman Khas Pensyarah Pelawat / Kontrak Luar Negara sahaja (Dalam Kampus) / Staf Umum |
550.00 (sebulan)
120.00 (semalam) |
17. Kediaman Kolej Rahman Putra (G19) | Kediaman Khas Pensyarah Pelawat / Kontrak Luar Negara sahaja (Dalam Kampus) / Staf Umum |
700.00 (sebulan)
180.00 (semalam) |
18. Kediaman Kolej Tun Fatimah (H03) | Kediaman Khas Pensyarah Pelawat / Kontrak Luar Negara sahaja (Dalam Kampus) / Staf Umum |
500.00 (sebulan)
100.00 (semalam) |
19. Kediaman Kolej Tun Fatimah (H04 Kiri) | Kediaman Khas Pensyarah Pelawat / Kontrak Luar Negara sahaja (Dalam Kampus) / Staf Umum |
500.00 (sebulan)
100.00 (semalam) |
20. Kediaman Kolej Tun Fatimah (H09) | Kediaman Khas Pensyarah Pelawat / Kontrak Luar Negara sahaja (Dalam Kampus) / Staf Umum |
700.00 (sebulan)
180.00 (semalam) |
21. Kediaman Kolej Tun Fatimah (H14) | Kediaman Khas Pensyarah Pelawat / Kontrak Luar Negara sahaja (Dalam Kampus) / Staf Umum |
700.00 (sebulan)
180.00 (semalam) |
22. Kediaman Kolej Tun Razak (K08 Kanan) | Kediaman Khas Pensyarah Pelawat / Kontrak Luar Negara sahaja (Dalam Kampus) / Staf Umum |
800.00 (sebulan)
200.00 (semalam) |
23. Kediaman Kolej Tun Dr. Ismail (M24B) | Kediaman Khas Pensyarah Pelawat / Kontrak Luar Negara sahaja (Dalam Kampus) / Staf Umum |
450.00 (sebulan)
80.00 (semalam) |
24. Kediaman Kolej Tun Dr. Ismail (M24D) | Kediaman Khas Pensyarah Pelawat / Kontrak Luar Negara sahaja (Dalam Kampus) / Staf Umum |
450.00 (sebulan)
80.00 (semalam) |
25. Kediaman Kolej Tun Dr. Ismail (M26B) | Kediaman Khas Pensyarah Pelawat / Kontrak Luar Negara sahaja (Dalam Kampus) / Staf Umum |
450.00 (sebulan)
80.00 (semalam) |
26. Kediaman Kolej Tun Dr. Ismail (M26D) | Kediaman Khas Pensyarah Pelawat / Kontrak Luar Negara sahaja (Dalam Kampus) / Staf Umum |
450.00 (sebulan)
80.00 (semalam) |
27. Kediaman Kolej Tun Dr. Ismail (M15A) | Kediaman Khas Pensyarah Pelawat / Kontrak Luar Negara sahaja (Dalam Kampus) / Staf Umum |
900.00 (sebulan)
220.00 (semalam) |
- Kadar sewa sebulan Kediaman Staf Akademik Kontrak Luar Negara adalah seperti yang dinyatakan.
- Kadar sewaan ini TIDAK TERMASUK bayaran utiliti air dan elektrik (berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2015 ditanggung sepenuhnya oleh staf sendiri) bagi Kediaman Staf Akademik Kontrak Luar Negara.
- Pemohon yang berjaya hendaklah menjelaskan deposit masuk dan utiliti (air dan elektrik) sebanyak RM 200.00 secara tunai sebelum memasuki rumah yang ditawarkan oleh pihak universiti. Deposit akan dipulangkan sepenuhnya SEKIRANYA rumah yang ditinggalkan oleh penghuni yang keluar adalah bersih, tiada kerosakan pada fizikal rumah yang akan dinilai oleh Pegawai Perumahan Universiti.
- Semua Kediaman Staf Akademik Kontrak Luar Negara disediakan dengan perabot asas sedia ada. Berkuatkuasa 15 Januari 2015 (Polisi Perumahan Universiti), universiti TIDAK lagi menyediakan atau mengganti peralatan elektrik yang rosak dan hendaklah ditanggung sendiri oleh penyewa. Pihak universiti juga TIDAK lagi bertanggungjawab menyediakan kemudahan perabot kayu untuk penyewa kediaman Staf Akademik Kontrak Luar Negara bagi kategori Pensyarah Pelawat Luar Negara.
- Tawaran adalah berdasarkan kepada kekosongan semasa dan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Induk Perumahan Universiti.
- Semua keputusan adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan pertukaran rumah TIDAK AKAN DILAYAN.
- Tempoh menduduki perumahan: MAKSIMUM 5 TAHUN (3+2) dari tarikh surat tawaran. Sebarang perlanjutan adalah TERTAKLUK kepada keputusan jawatankuasa bergantung kepada bilangan permohonan semasa dan hendaklah dipohon semula seperti biasa
Borang Permohonan
Staf UTM yang berminat menduduki perumahan universiti boleh memohon dengan muat turun borang permohonan menerusi capaian di sini. Borang permohonan hendaklah lengkap dan dilampirkan dengan dokumen-dokumen berikut (telah disahkan):
- Satu salinan kad pengenalan / passport staf dan pasangan;
- Satu salinan Kad Matrik staf;
- Satu salinan surat/ kad akuan nikah/ cerai;
- Satu salinan slip gaji terkini pemohon dan pasangan;
- Satu salinan surat beranak/ kad pengenalan / paspot setiap anak yang akan menduduki perumahan universiti
Permohonan yang tidak lengkap TIDAK akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa. Semua permohonan hendaklah diajukan ke pejabat unit ini seperti alamat yang tertera di bawah. Hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi.
Polisi
PENGUATKUASAAN POLISI PERUMAHAN UNIVERSITI 2015
Dimaklumkan bahawa pihak universiti menerusi Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) telah meluluskan secara rasmi Polisi Perumahan Universiti 2015 berkuatkuasa 15 Januari 2015. Sehubungan itu, Sekretariat Perumahan Universiti akan mula menguatkuasakan semua klausa yang terdapat di dalam polisi tersebut dari semasa ke semasa. Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.
PENGUATKUASAAN KADAR SEWAAN BAHARU, PEMANSUHAN POTONGAN ELAUN SARA HIDUP (COLA) BAGI STAF YANG MENDUDUKI KEDIAMAN STAF DESA SKUDAI/DESA BAKTI
Dimaklumkan bahawa pihak universiti telah menetapkan kadar sewaan baharu bagi staf yang menduduki Kediaman Staf Desa Skudai berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2015. Sehubungan itu, kadar baharu tersebut adalah seperti jadual di atas.
Pihak universiti juga telah bersetuju memansuhkan potongan Elaun Sara Hidup (COLA) bagi semua staf yang menduduki Kediaman Staf Desa Skudai juga turut berkuatkuasa 1 Ogos 2015.
Sehubungan itu, surat tawaran akan dikeluarkan kepada semua penghuni sedia ada yang layak dalam masa terdekat ini.
Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.
PENGUATKUASAAN KADAR SEWAAN BAHARU, PEMANSUHAN POTONGAN ELAUN SARA HIDUP (COLA) DAN TANGGUNGAN UNIVERSITI KE ATAS BIL UTILITI ELEKTRIK DAN AIR BAGI STAF YANG MENDUDUKI KEDIAMAN STAF AKADEMIK
Dimaklumkan bahawa pihak universiti telah menetapkan kadar sewaan baharu bagi staf yang menduduki Kediaman Staf Akademik berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2015. Sehubungan itu, kadar baharu tersebut adalah seperti jadual di atas.
Pihak universiti juga telah bersetuju memansuhkan potongan Elaun Sara Hidup (COLA) bagi semua staf yang menduduki Kediaman Staf Akademik juga turut berkuatkuasa 1 Ogos 2015.
Mulai 1 Ogos 2015 juga, pihak universiti memutuskan semua bil utiliti elektrik dan air bagi semua staf yang menduduki Kediaman Staf Akademik TIDAK LAGI DITANGGUNG oleh universiti dan hendaklah ditanggung sendiri oleh staf tersebut. Sehubungan itu, proses pemasangan dan pembaikan meter elektrik sedang dilaksanakan bagi menguatkuasakan perkara ini.
Sehubungan itu, surat tawaran akan dikeluarkan kepada semua penghuni sedia ada yang layak dalam masa terdekat ini.
Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.
SISTEM BACAAN METER AIR
Sistem pembacaan meter air adalah berdasarkan kepada purata dan prorata. Sekiranya terdapat percanggahan bacaan meter air (kadar bacaan berlebihan), pihak petugas akan menyeimbangkan bacaan mengikut kadar asas minimum bacaan meter air sebanyak RM 10.00(caj minimum RM 7.00 + caj operasi RM 3.00). Keadaan ini disebabkan kekangan peralatan meter air tersebut. Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.
Semua staf yang menduduki Kediaman Staf Universiti (Desa Bakti, Desa Skudai, Cengal dan Akademik) adalah wajib mematuhi dan tertakluk kepada Polisi Perumahan Universiti (2015) yang telah berkuatkuasa.
Rujukan Polisi Perumahan Universiti (2015) boleh dimuat turun di sini (Kemaskini 8 Oktober 2015)
Maklumat Semasa
PEMANSUHAN PENAWARAN 4 UNIT KONDOMINIUM DWI MAHKOTA, BUKIT ALIFF, TAMPOI, JOHOR BAHRU
Dimaklumkan bahawa pihak universiti telah memutuskan berkuatkuasa 1 Ogos 2015, Kediaman Staf Akademik di Kondominium Dwi Mahkota, Bukit Aliff, Tampoi Johor Bahru (4 unit) yang sebelumnya ditawarkan kepada staf akademik kontrak luar negara telah ditutup bagi sewaan kerana universiti mempunyai perancangan lain berhubung kediaman-kediaman tersebut. Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.
PERTUKARAN STATUS KEDIAMAN PROFESOR PELAWAT / PENSYARAH KONTRAK LUAR NEGARA KEPADA KEDIAMAN STAF UMUM 2016
Dimaklumkan bahawa pihak universiti menerusi Jawatankuasa Induk Perumahan Universiti (Bil. 2/2016) telah meluluskan pertukaran status Kediaman Profesor Pelawat Pelawat / Pensyarah Kontrak Luar Negara kepada Kediaman Staf Umum berkuatkuas mulai 1 Ogos 2016. Sehubungan itu. semua warga UTM (staf akademik / pentadbir dalam / luar negara) layak memohon kediaman-kediaman tersebut tertakluk kepada kekosongan semasa. Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN ASAS
Surau (Desa Bakti dan Kondominium Dwi Mahkota).
Taman Permainan (Kediaman Staf Desa Skudai).
Bilik serbaguna dan gelanggang permainan (Kediaman Staf Desa Bakti).
Pertanyaan / Maklumat Lanjut
Soalan-soalan Lazim berhubung Kediaman Staf Universiti boleh dimuat turun di sini (Kemaskini 6 Disember 2015).
Ketua Unit Kampus Ekopelancongan dan Kediaman Staf Universiti
Bahagian Perkhidmatan
Pejabat Harta Bina
81310 UTM Kampus Johor
(u.p.: En. Zaidi bin Hj. Mohmod)
E-mel: staff.housing@utm.my
Pegawai / staf untuk dihubungi:
(i) 07- 5530167 / 012-7174861 (En. Zaidi- Ketua Unit) atau;
(ii) 07- 5530143 (Pejabat Am)
Faks: 07-5530582