Pertemuan Ramah Mesra bersama YB Suhaizan Kayat Speaker Dewan Undangan Negeri Johor

Pertemuan Ramah Mesra bersama YB Suhaizan Kayat Speaker Dewan Undangan Negeri Johor yang juga merupakan alumni UTM pada 17 April 2019.

YB amat berbesar hati untuk bersama-sama UTM menjayakan pelbagai program khususnya penglibatan pelajar UTM dalam aktiviti kemasyarakatan. YB turut rasa bangga dengan penglibatan aktif UTM dalam mendidik dan memajukan masyarakat seperti program Pembelajaran Servis (Service Learning).