PENAJAAN PROGRAM PEMBANGUNAN MAHASISWA DAN ALUMNI UTM

Unit UTMAlumni sentiasa komited dalam merencana dan melaksanakan pelbagai aktiviti serta program yang melibatkan alumni bagi mengekalkan jalinan perhubungan sepanjang hayat yang konsisten di antara Alumni dengan Alma mater. 

Sebagai sebuah pusat tanggungjawab yang berperanan dalam menggerakkan aktiviti perhubungan alumni, Unit UTMAlumni sentiasa seiring dengan hasrat universiti untuk memperkasakan hubungan dan jaringan alumni dengan melaksanakan pelbagai program untuk membawa kembali alumni ke kampus bagi menyokong universiti. 

Justeru itu, UTMAlumni mengambil inisiatif dengan memberi penajaan kepada program pembangunan mahasiswa yang berimpak kepada universiti. Penajaan ini akan diberikan kepada program mahasiswa yang melibatkan alumni UTM khususnya. 

Semua permohonan sama ada daripada pihak pelajar, sekolah, fakulti atau jabatan UTM mestilah dihantar sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. Perincian maklumat permohonan, sila rujuk borang senarai semak dan borang permohonan di bawah.

Muat turun borang di sini:

BORANG PERMOHONAN PENAJAAN PROGRAM (PENGLIBATAN ALUMNI)
Events Sponsorship  Application Form (Alumni Involvement) 

BORANG SENARAI SEMAK PENAJAAN PROGRAM (PENGLIBATAN ALUMNI)
Checklist Form