Pada 20 Mei 2025 (Selasa), Seksyen Perhubungan Alumni, Pusat Pembangunan Pelajar (PPP), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan satu Lawatan Penanda Aras Pengurusan Alumni ke Pusat UTMAlumni. Delegasi ini telah diketuai oleh Dr Edris bin Adeni, Pengarah Seksyen Perhubungan Alumni, Pusat Pembangunan Pelajar (PPP), UNIMAS. Lawatan ini turut disertai oleh para pegawai serta pelajar terpilih.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat dan berkongsi pengalaman dan amalan terbaik yang telah dilakukan oleh kedua belah pihak dalam skop pengurusan alumni. Diharapkan sesi lawatan ini dapat mencetuskan idea baharu dalam membina jaringan bersama alumni pada masa hadapan. Semoga hubungan ukhwah dan kerjasama antara universiti awam ini terus diperkukuh dan diperkembangkan pada masa akan datang.

https://www.facebook.com/PusatUTMAlumni/posts/pfbid05Md59w9hHCRkydBfNySj5K3p3tsAb7kSgrswjFGu5aKWRDeNxpNXVvgANMTPmL8ul