11 Mei 2025 (Ahad) – Pusat UTMAlumni telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PAUTM Cawangan Negeri Johor Kali ke-2 dan Program Libatsama Ramah Mesra Alumni UTM Tahun 2025 anjuran bersama Pusat UTMAlumni dan Persatuan Alumni UTM Cawangan Negeri Johor yang bertempat di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru, Johor.
Hadir sama dalam majlis ini adalah Yang Berusaha Prof. Ts. Dr. Ali bin Selamat, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, ACP Dr. Bakri Hj. Zainal Abidin, Setiausaha Kehormat PAUTM, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hisyam bin Rasidi, Pengarah Pusat UTMAlumni dan Dato’ Ir. Hj. Mohd Noh bin Ibrahim, Pengerusi PAUTM Cawangan Johor.
Tuan Haji Azhar bin Haji Omar telah dipilih sebagai Pengerusi PAUTM Cawangan Johor dalam Sesi Pemilihan Ahli Jawatankuasa Baharu Persatuan Alumni UTM Cawangan Negeri Johor bagi Sesi 2025/2027.
Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus kukuh, berkekalan dan menjadi asas kepada kerjasama yang lebih erat dalam memajukan Persatuan Alumni UTM Cawangan Negeri Johor.


