3 Mei 2025 (Sabtu) – Pusat UTMAlumni telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Kaamatan 2025 Anjuran bersama Persatuan Alumni UTM Cawangan Sabah yang bertempat di Le Meridien, Kota Kinabalu, Sabah.
Hadir sama dalam majlis ini ialah Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah, Datin Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuinda binti Haji Alias, Penerima Tokoh Guru Kebangsaan 2023, Datuk Ar. Haji Shahriman bin Abdullah, Pengerusi Persatuan Alumni UTM Cawangan Sabah, Datuk TPr Alijus @ Mohd Ali bin Sipil, Timbalan Pengerusi Persatuan Alumni UTM Cawangan Sabah bersama Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hisyam bin Rasidi, Pengarah Pusat UTMAlumni dan Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Robiah binti Hj. Suratman, Pengarah Endowmen Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM.
Semoga majlis ini terus menjadi pemangkin kepada jalinan ukhwah yang berpanjangan dan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.


