Pada 30 April 2025, Sempena Festival Kerjaya Premium, Keusahawanan dan Alumni yang berlangsung pada 29 – 30 April 2025, Pusat UTMAlumni telah mengadakan Forum Bersama Alumni yang bertajuk Kerjaya Masa Hadapan bertempat di Dataran UTM Johor Bahru.

Moderator forum ini ialah PM. Ts. Dr. Mohd Hisyam bin Rasidi Pengarah Pusat UTMAlumni dengan menampilkan tiga orang panel alumni UTM iaitu Yang Berusaha Tuan Haji Burhanuddin bin Md Radzi, Pengarah Urusan Les’Copaque, Yang Berusaha Ir. Ts. Muhamad Sahir Bin Ahmad Shatiry dari Petronas CHESS Uni Team Lead dan Yang Berusaha Ir. Ts. Muhamad Syakir bin Zulkafli, Pengarah Urusan Globallab Engineering Sdn Bhd. Para panel telah berkongsi pelbagai kisah inspirasi, cabaran kerjaya, serta pandangan bernas mengenai bagaimana pendidikan dan pengalaman di universiti telah membentuk laluan kejayaan mereka hari ini.

Sebagai tanda penghargaan, Yang Berusaha Prof. Dr. Ali bin Selamat, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, telah hadir untuk penyampaian cenderamata kepada para panel forum di Rumah Alumni. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada panel forum yang hadir untuk menjayakan forum ini dengan semangat dan perkongsian pengalaman mereka.