Pada 24 April 2025, Pusat UTMAlumni telah mengadakan mesyuarat penyelarasan kolaborasi bersama CHESS PETRONAS. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Penyelaras-Penyelaras Alumni Fakulti yang telah dilantik, bagi memberikan pandangan kepada hala tuju kolaborasi strategik ini.
Mesyuarat Penyelarasan Kolaborasi antara CHESS PETRONAS dan Pusat UTMAlumni menyaksikan perbincangan produktif ke arah sinergi yang mampan dengan kerjasama Penyelaras fakulti.
Semoga usaha sama ini dapat merintis jalan ke arah kolaborasi yang lebih mantap dalam bidang pembangunan bakat, inovasi dan jaringan profesional antara UTM dan PETRONAS.


