UTMAlumni telah menganjurkan sesi jamuan teh bersama lebih 20 alumni UTM Pahang di Cherating Pahang. Pada sesi pertemuan ini juga YH. Dato Hamdan telah dilantik sebagai Pengerusi Special Interest Group (SIG) Alumni Pahang.

Sesi pertemuan secara fizikal ini adalah julung-julung kali diadakan selepas kelonggaran rentas negeri dilaksanakan. Turut hadir menyerikan majlis sesi jamuan teh ini adalah YH. Dato Hamdan bin Hussin, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuantan dan YB Ir. Razali bin Kasim, Ahli DUN Muadzam Shah. YBrs. Prof. Dr Zaki Kamsah, Pengerusi Bahagian Pemajuan hadir bagi merasmikan sesi jamuan teh ini.

Selain itu, beberapa jawatankuasa utama juga turut dilantik dalam SIG Alumni Pahang ini. Diharapkan pertemuan ini menjadi titik tolak bagi kerjasama erat dalam pelbagai perkara dan bidang bagi menjadi kesinambungan kepada memperkasa jaringan alumni dan industri dengan universiti bagi manfaat bersama.

Terima kasih dan penghargaan kepada semua para alumni yang sudi hadir memeriahkan sesi jamuan teh kali ini.