TANJUNG MALIM, 30 Sept – Tahniah Unit UTMAlumni kerana berjaya mengadakan Program Tracing & Engagement bersama alumni UTM yang berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program telah diadakan pada 30 September 2020 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Aras 1, Blok 9, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Objektif program ini adalah untuk bersua muka dan menghimpunkan para alumni UTM di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi tujuan perkongsian informasi terkini dan pengemaskinian maklumat alumni UTM. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bersama-sama menjayakan program ini.